Tuesday, November 30, 2010

Bab 1

Suasana pagi itu sungguh mendamaikan sesiapa sahaja.Burung-burung sudah pun keluar dari sarang mereka untuk mencari rezeki buat hari itu.Jalan-jalan raya telah dipenuhi dengan asap kenderaan yang bertali arus.Pelajar-pelajar sekolah sudah lama memulakan pelajaran pertama mereka.

Di hadapan sebuah sekolah elit di tengah-tengah ibu kota Johor Bahru,kelihatan sebuah kereta model BMW Vision 1 sedang berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah.2 orang pengawas yang ditugaskan untuk mengawal pintu pagar sekolah menggelengkan kepala.Ada lagi rupanya pelajar yang lambat dalam dah pukul 8.50 ni.hmm..Detik hati mereka.

Keadaan tingkap kereta yang gelap,menyukarkan 2 pengawas itu mengecam siapa empunya kereta itu. Terdapat sedikit perasaan kagum di hati mereka, melihat model kereta itu.Bukan calang-calang orang ni. Model Vision 1 ini masih baru lagi di pasaran dunia.Berjuta harganya.Ahh.itu tak penting,Yang penting adalah, siapa empunya kereta ini?

Akhirnya persoalan mereka terjawab apabila seorang pelajar perempuan yang lengkap memakai seragam pengawas keluar daripada perut kereta itu.Lahh…dia ni rupanya.Patutlah ,kaya semacam. Seketika kemudian ,mereka terdengar pula pelajar itu berkata sesuatu kepada pemandu kereta itu.

“Abang Lan,nanti jangan lupa fetch Thu tau.Abang Lan selalu lupa.”pesan pelajar perempuan itu yang dikenali sebagai Thurayya Hannah bte Tan Sri Dato’Kamaruddin.Beg sekolah yang diletakkan di bahagian penumpang diambilnya.

“Yelah.Nanti abang ambil .Habis sekolah pukul berapa?”kedengaran satu suara bertanya dari dalam kereta.Entah kenapa,tiba-tiba sahaja Thurayya mengeluh.Dipandangnya orang yang dikasihinya dari luar kereta.

“Abang!macam biasalah.eeiii….setiap kali Thu suruh fetch,mesti tanya pukul berapa.Cepat lupa betul abang ni tau.Kalau nak fetch Kak Lyn ingat aje pukul berapa”rungut Thurayya .Wajahnya berubah kelat, geram dengan sikap the only abang yang paling gila.

“Lyn tu tunang abang.Of course abang ingat.Dahlah,abang taulah nak fetch pukul berapa.Pergi masuk kelas sanalah.Dah lambat kan?”cepat-cepat Hazlan menyuruh the only adiknya masuk ke kelas segera. Thurayya terus melangkah masuk ke kawasan sekolah tanpa menyalami abangnya.

Thurayya ditahan oleh 2 orang pengawas yang masih setia menunggunya dari tadi.Dia tersenyum kepada mereka.

“Apa senyum-senyum hah?dahlah datang lambat.Boleh lagi tersenyum-senyum.Apa alasannya ni?” bentak salah seorang pengawas.Pengawas perempuan itu menjeling meluat Thurayya.Terkejut Thurayya dan seorang lagi pengawas,Ahmad Taqie.Terkulat-kulat Thurayya dibuatnya.

“Eh,kau ni kenapa?tiba-tiba nak marah orang.Cuba soal baik-baik sikit?”marah Ahmad Taqie.Dia merenung tajam pengawas yang membentak Thurayya tadi,Hani Yani.Hani menundukkan kepalanya apabila dimarah oleh Ahmad Taqie,si ketua pengawas.

“Tak apa Taqie.I yang salah.Datang lambat.Pantaslah dia marah I.You jangan marah dia pula.Kesian dia” Thurayya cuba menenangkan keadaan yang agak tegang itu.Kasihan sungguh dia melihat Hani dimarahi Taqie.”No.Sekalipun you lambat,kenapa dia tiba-tiba nak marah tanpa sebab.”Taqie langsung tidak menghiraukan Thurayya.

“Sorry!”ucap Hani tidak ikhlas.Mukanya dipalingkan ke arah lain.Malas rasanya hendak menatap wajah Thurayya.Taqie menggelengkan kepalanya tanda tidak puas hati dengan sikap buruk Hani.”Cuba minta maaf tu ikhlas sikit.Pandang muka orang masa minta maaf!”marah Taqie.Hani mula membuat muka tidak senang hati

Kau ingat aku nak tengok muka kau ke?sorry sikit ea.Muka tak adalah cantik mana,nak suruh aku tengok.Aku lebih rela tengok muka beruk dari tengok muka si minah ni.Bentak hati Hani.”Yelah.i’m so sorry ,ok?”ucap Hani sekali lagi dengan keterpaksaan.Kali ini,dia memandang wajah Thurayya dalam kadar 5 saat.

“5 saat aje tengok muka Thurayya?cuba tengok lama sikit!”Taqie terus-terusan memarahi Hani dan ini semakin memburukkan keadaan.Thurayya hanya mampu tercengang-cengang melihat kelakuan Taqie. Apa pasal si Taqie ni baik sangat kat aku ni?tak pernah-pernah pun dia nak bela aku.Selalunya dia lebih rela bela ‘gajah tunjuk punggung’ daripada bela aku.Lain macam pula dia hari ni.Gumam hati Thurayya.

“Taqie,dahlah tu.Kesian dia tau tak.Dah lah.I nak masuk kelas.Kalau you masih nak marah dia,go ahead. Tapi I tak nak masuk campur,Ok?bye….”kata Thurayya sambil berlalu meninggalkan Taqie yang msih memarahi Hani.Kasihan Hani….


Assalamualaikum ,still new here ,so just read and enjoy :)