Saturday, March 19, 2011

Bab 19

*****
“ Kau dah tengok muka budak baru tu ? Handsome gila kan ? “
“  Siapa nama budak baru yang handsome tu ? “
“ Aku dengar budak baru tu anak kontraktor terkenal tu . Bertuah betul siapa dapat jadi couple dia . Aku nak try lah ! “ Euwww !
“ Budak baru tu kelas apa ? Form berapa ?”
“Budak baru dah ada couple tak ?”
“ Aku kenal budak baru tu . Dulu dia pernah ada crush dengan aku ! “ Amboiii ! jangan nak perasan okey !
“ Kau tengok muka budak baru tu macam muka Nubhan kan ?”
“ Auwww ! handsomenya budak baru tu . Ahhhh .. aku nak minta clash ngan boyfriend aku .Aku nak minta couple dekat budak baru tu pulak !”
*****
“ EH ! apa yang handsome sangat dengan budak baru tu ? Muka dia handsome macam beruk ke ?! “ Thurayya berteriak kecil . Kedua-dua belah tangannya dilekapkan pada telinganya . Sungguh ! dia tension ! .
“ Handsome macam beruk kau kata ? Kau tengok beruk tu handsome ke lawa ? lawa kan ? So , kenapa kau cakap beruk handsome ? “ Ujar Halim sambil matanya tertancap kukuh di skrin notebooknya .
“ Beruk lawa ? Engkaulah beruk lawa ! “ Balas Thurayya kejam .
“ Amboi ! kau cakap aku beruk ? Eh , aku ni , Sejuta billion lagi handsome , lagi lawa dari beruk kau tau tak ! kau tengok muka , badan aku dipenuhi bulu ke ?” terbeliak mata Halim mendengar Thurayya menggelarnya beruk .
“Excuse me .. kau punya badan memang dipenuhi bulu pun . Banyak lagi . Kalau kau tak ada bulu , tu namanya , kau tu ALIEN ! “ Aduhh ! Thurayya dan Halim memang sukar dibawa berbincang .
“ KAU TENGOK , Norish  ! tadi dia kata aku beruk . Ni alien pula . Habis dia tu apa ?” kata Halim kepada Norish yang setia mendengar pergaduhan mereka .
“ Halim , engkau memang pun BERLIEN . Tapi , Thu ni manusia yang siuman . Tapi kau tak “ Ahh .. selamba sungguh Norish membalas .
Halim bertambah bengang apabila Norih langsung tidak membantunya . Halim menjerit . 32 pasang mata memandangnya hairan . Mujur tiada guru di dalam kelas . Thurayya malah ketawa jahat .
“ Kau dah kenapa , Lim ?” tanya Farish yang tadinya sedang memakan nasi lemak berlauk ayam rendang dia atas meja guru kini sudah terhenti suapannya .
“Tak .. tak ada apa apa ! WOIi ! kau ingat ni rumah kau ? Apa pasal kau makan dalam kelas ni ? Atas meja cikgu pula tu ! Tak ada adab betul ! “ Marah Halim .  Farish terkedu .
Halim menuju ke hadapan kelas .
“ Sorry Lim . Aku lapar sangat ni . Sorry .. kau jangan tulis nama aku , Lim “ rayu Farish melihat wajah garang Halim .
Tiba-tiba Halim tersenyum . Dia mengambil kerusi berdekatan dan duduk di hadapan Farish .
“ Ye pun , ajak lah aku sekali, Rish . Aku pun lapar sangat ni . Alhamdulillahh .. ada juga rezeki aku pagi ni “ HAH ?!!
“ Ek eleeee .. buat suspen aje . Nak cakap lah nak . “ kata Farish kuat sambil ketawa . Semua pelajar bersorak marah .
“ Arghhh ! siot gila mamat lempeng tu . Norish ! kau tahu tak , dari aku kat kantin sampailah kat dewan terbuka , kat koperasi sana , asyik-asyik budak-budak perempuan cakap pasal budak baru . Haihh ! ,macam tak ada mamat lain gamaknya “ adu Thurayya sambil mulutnya dimuncungkan .
Norish menggelengkan kepalanya .
“ Memang handsome pun ..Aku dah tengok muka mamat baru tu . Macam muka artis “ kata Norish .
“ Kau pun sama jugak ? HUH ! “

Bab 18

Seminggu dirasakannya terlalu lama . Sehari itu seperti lambat berlalu . Lalu , pagi itu dirasakannya tidak seperti hari-hari sebelumnya .Awal pagi lagi , dia telah menyiapkan dirinya dengan rapi . Tepat jam 6.30 pagi , dia telah pun turun untuk bersarapan setelah usai menunaikan solat .

Mak Mah , pembantu rumah yang telah berkhidmat dengan keluarganya selama 15 tahun itu , hairan dengan kelakuan anak majikannya . Masakan tidak , tepat jam 6.30 pagi sudah ada di meja makan . Buang tabiat agaknya . Kebiasaannya , anak majikannya itu hanya turun untuk bersarapa 
pada pukul 6.60 pagi kerana pada waktu itulah mereka sekeluarga bersarapan bersama .

Ini tidak , Mak Mah sendiri pun masih sedang menyiapkan sarapan . Mak Mah hanya menggelengkan
 kepalanya . Pak Lah , suaminya yang bekerja sebagai pemandu merangkap tukang kebun di rumah itu , 
mengangkat kening kepadanya ,bertanya tentang satu-satunya anak lelaki majikannya itu .
Mak Mah hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu . Lalu , Mak Mah menuju ke meja makan di mana anak majikannya sedang duduk .
“ Aniq ? awal Aniq turun hari ni ? Aniq dah lapar ke ? “ Tanya Mak Mah berhati-hati . Khuatir sekiranya dia terkecilkan hati Aniq , anak majikannya . Aniq tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya .
“ Tak adalah Mak Mah . Saja .. lagipun Aniq terbangun awal tadi . Tu yang terus turun bawah . Mak Mah dah siap masak ? Kalau belum ,  Aniq nak tolong “ Bertambah hairan Mak Mah dibuatnya .
Nak tolong ? biar betul budak ni ? tak pernah-pernah nak menolong aku kat dapur . Bisik hati kecil Mak Mah .
“ Ehhh .. tak payah . Mak Mah dah nak habis tu . Aniq duduk aje sini . Tunggu ibu dengan ayah dengan kakak sekali “ halang Mak Mah apabila mendapati Aniq telah pun bangkit dari kerusi untuk ke dapur . Aniq duduk kembali . Mak Mah kembali ke dapur meninggalkan Aniq yang sedang tersenyum sendiri . Entah apa yang menggembirakan hatinya .

Thursday, March 3, 2011

Bab 17

Selesai membayar harga makanan mereka , HAnafi kemudiannya menghantar Thurayya dan rakannya ke bus-stop di hadapan restoren itu .
“ Alaa .. kenapa abang tak hantar kitaorang naik kereta abang je ?” rungut Thurayya apabila Hanafi menyuruh mereka menaiki teksi ke perputakaan awam .
Terangkat-angkat kening Hanafi . “ Thu cuba tengok betul-betul , abang naik kereta apa ?”Suruh Hanafi .
“ Ehh .. lupa pulak . HEHEHE sorry bro “ ujar Thurayya . Model Bugatti EB Veyron 16.4 milik Hanafi hanya dapat memuatkan seorang penumpang sahaja bersama pemandunya .
Hanafi menghulurkan not 50 ringgit dari dompetnya kepada Thurayya . Katanya , untuk tambang teksi pergi dan balik . Selepas itu , Hanafi memecut keretanya ke Johor Specialist . Dia memakir model Bugatti EB Veyron 16.4nya di tempat meletak kereta khas . Kemudian , dia keluar dari kereta dan berjalan masuk ke pintu utama Johor Specialist .
Sejurus melepasi pintu utama Johor Specialist , Hanafi menuju ke lif . Dia menuju ke tingkat 4 hospital . Sebaik sahaja lif berbunyi , Hanafi keluar dari perut lif dan menuju ke sebuah bilik . Kelihatan seorang gadis dalam lingkungan 20-an sedang terbaring di atas katil pesakit .
Hanafi mendekati gadis itu .
“Uhh .. cantik jugak minah ni “ Bisik hati kecil Hanafi . Entah kenapa , Hanafi tertarik untuk menatap wajah gadis itu lebih lama .Jantungnya mula berdegup,tidak tentu . Hatinya mula diserang perasaan aneh yang dia tidak pernah dirasakan dengan gadis lain .
Tatapan Hanafi terputus apabila pintu bilik dibuka . Dr Hanifah yang merawat gadis itu , masuk .
“Eh , Nafi . Baru sampai ke ? “ Tanya Dr Hanifah sambil tersenyum mesra. Hanafi membalas senyuman Dr Hanifah . Sejurus sahaja Dr Hanifah ,menutup kembali pintu bilik , Hanafi menyalami tangan Dr Hanifah .
“ Baru aje auntie . Adalah 20 minit .” balas Hanafi sopan . Dr Hanifah merupakan ibu saudara Hanafi ,kakak kepada ayahnya .
Hanafi membiarkan Dr Hanifah membuat pemeriksaan terhadap gadis itu . Setelah selesai , dia bertanya .”Auntie , how ? “
“So far so good . Dia tak mengalami apa-apa kecederaan dalaman . Cuma luka luaran saja “ terang Dr Hanifah sambil menulis sesuatu ke atas laporan pesakit di hujung katil .
“ Then , kenapa dia tak bangun-bangun lagi ? “ tanya Hanafi lagi . Wajahnya risau .
“ Nafi jangan risau . Dia cuma tertidur saja . Kejap lagi mungkin dia bangun . Kelihatannya pesakit tidak mempunyai masa tidur yang cukup . “ Jelas Dr Hanifah sambil mengukir senyuman npis .
“ Ohhh … jadi , dia tak apa-apa kan ? “ Hanafi sebolah-boleh inginkan kepastian yang sah lagi sahih . Dia takut sekiranya wanita yang dilanggarnya itu , mengalami koma yang panjang .
“ Tak . Hanafi jangan risau sangat .Anything , auntie call Nafi kalau dia dah sedar . Nafi boleh percayakan auntie .” Pujuk Dr Hanifah meyakinkan Hanafi . Dia menepuk-nepuk bahu Hanafi .
Kemudian , Dr Hanifah meminta diri untuk keluar dahulu kerana ada perkara yang perlu diselesaikannya . Dia meninggalkan Hanafi keseorangan bersama wanita itu . Kesempatan yang ada itu , menyuruh Hanafi menatap wajah  wanita itu , sepuas-puasnya .

Bab 16

“ Weyh Thu , kau nak tunggu lagi ke ? aku dah penat ni nak tunggu lama-lama .” Kamal memecahkan kesunyian di antara mereka . Entah untuk ke berapa kali Kamal menyoal perkara yang sama . Thurayya menjeling geram .
Kau tak reti sabar ke Kamal ? Aku ni , kau ingat nak ke tunggu lama-lama ? Takkanlah tadi abang Nafi ada sent sms kat aku, kata dah keluar office , kalau tak , tak hingin aku tunggu dia lama-lama . Abang Nafi ni pun satu , kaa tadi nak fetch orang lepastu nak belanja orang lunch .. sampai sekarang tak sampai-sampai . Rungut hati Thurayya .
“ Kau reti sabar tak ? Kejap lagi dia sampailah “ kata Thurayya seraya menjeling tajam ke arah Kamal . Dilihatnya Firzana , Halim dan Kamal sudah resah menunggu .
Thurayya melihat jam Swatch di pergelangan tangannya . Jam sudah pun menunjukkan ke angka 2 petang . Kakinya digoyang-goyangkan . Matanya membuang pandang ke arah jalan besar mencari-cari kelibat kereta abangnya .
Beberapa minit kemudian , Model Bugatti EB Veyron milik Hanafi berhenti betul-betul di hadapan ,mereka berempat . Hanafi melangkah keluar dari kereta .
“ Sorry Thu abang lambat sikit “ pinta Hanafi setelah melihat wajah Thurayya yang serius memandangnya .  Halim , Kamal dan Farzana di sebelah Thurayya dipandang dan dihadiahkan senyuman . Mereka membalas seadanya .
“ Sikit abang kata ? Tengok sekarang dah pukul berapa ? Satu jam tau Thu tunggu “ rungut Thurayya . Mukanya seperti biasa dimasamkan .
“I’m really sorry ok . Tadi , abang memang keluar office pukul 12 macam tulah , tapi abang ada incident sikit tadi . Abang terlanggar orang “ Ujar Hanafi sambil tersengih . Membulat mata Thurayya .
“Abang incident ? Langgar orang ? Macam mana boleh terlanggar orang ? Habis tu , orang tu macam mana ? Okey tak ? “ Tanya Thurayya bertubu-tubi . Risau sungguh dirinya sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini .
“ Sabar , sabar .. Thu bagilah abang jawab satu-satu . Mana abang dapat jawab macam tu “ kata Hanafi . Lantas , dia mengajak  Thurayya serta rakan-rakan Thurayya menuju ke restoren berdekatan untuk makan tengahari .
Masuk sahaja ke dalam restoren , mereka mengambil tempat betul-betul di tengah restoren . Hanafi diapit oleh Kamal dan Halim dan berhadapan Thurayya . Manakala , Thurayya  duduk bersebelahan Farzana .
“Kita order dululah” Saran Hanafi . Mereka semua tidak membantah . Masing-masing diam memilih menu makan tengahari mereka .
Apa pasal pulak tetiba kawan-kawan Eby ada sekali ni ? Aku ajak Eby je pagi tadi . Tiba-tiba pulak jadik 5 orang . Apa seyh ? aku ke yang kena bayarkan untuk diorang ni ? Hmmm .. memang akulah yang kena bayar . Bisik hati Hanafi .
“ Abang , sorry tadi tak inform abang dulu . Lepas ni , kitaorang nak study kat Library awam kat sebelah sekolah Agama Bandar tu .  So , lunch kitaorang abang bayar tau “ Selamba Thurayya mengarah . Hanafi menjeling Thurayya .
Amboii .. sejak bila dia jadi mem kat sini ? Aku yang bawak duit, dia pulak yang lebih-lebih . Aku taulah nak bayar . Whatever happens , aku jugak yang kena bayarkan . Kutuk Hanafi .
“ Abang taulah “ acuh tidak acuh sahaja ujaran Hanafi. Thurayya tersenyum .
“ Abang Nafi tak nak cerita ke macam mana abang incident tadi “ tanya Kamal . Dia pulak yang sibuk mahu tahu .
“ Boleh jugak . Tadi … masa abang nak belok kat Johor Speacialist tu , abang terus pecut , tak perasan ada orang . Tiba-tiba aje abang dengar bunyi dentuman . Abang terkejutlah . Bila abang keluar , ada sorang perempuan terbaring pengsan . Kat kepala dia keluar darah . First-first tu , memang abang panik . Tapi disebabkan dah ramai orang kat situ , abang tak tau apa lagi nak buat , abang pun hantar dia kat Johor Speacialist tu . Nasib baik dekat . Tulah yang abang lambat tadi . Abang tunggu dia sedar, tapi dia tak sedar-sedar . So , abang tiggalkan dia dulu . Lepas ni , abang datang lagi sana .” Panjang Hanafi menjelaskan .
Mereka semua hanya menggangguk-angguk memahami cerita Hanafi .
“ Perempuan muda ke tua bang ? “ tanya Halim berbaur nakal . Semua mata memandang Halim .
“ Kau ni ! tak ada soalan yang lagi baik ke ? “ marah Farzana .Halim tersengih begitu juga Hanafi . Namun , Hanafi tetap menjawab “ Muda lagi . Macam abang Lan gitulah . Cantikkk … ushh “ kata Hanafi sambil tergelak . Thurayya mencebik .
“ Pantang nampak perempuan cantik sikit “ Kutuk Thurayya . Mereka tertawa .
“ Alaaa , relakslah Thu , abangkan bujang lagi , available , handsome pun jugak  “ Hanafi memuji diri sendiri . Sekali lagi Thurayya mencebik sementara rakan-rakannya yang lain ketawa .
“ Ha’ah , memanglah available , abang belum ada yang punya , cakap aje handsome . Cehh .. “ Ejek Thurayya . Hanafi tersengih-sengih .
Betul apa , aku kan memang handsome , yalah cuma belum ada jodoh . Tapi , aku rasa macam dah jumpa  jodoh aku . Cuma aku tak tahu samada dia betul-betul jodoh aku atau tak . Kalau memang dia jodoh aku , Alhamdulillah … Hati Hanafi bermonolog sendiri .
“ Abang  ? “ Panggil Thurayya sambil melambaikan tangannya di hadapan Hanafi . Hanafi tersentak . Dia mengukir senyuman nipis .
“ Kenapa ?” tanya Hanafi cuba menutup malunya . Empat pasang mata memandang hairan ke arahnya .
“ Abang ingatkan siapa ni ? “ tanya Thurayya kembali . Hanafi tersengih-sengih mendengar pertanyaan Thurayya .
“ Yalah , abang Nafi ni , berangan aja tau . Makanan dah sampai pun tak perasan “ sampuk Kamal . Mereka emua mengiakan .
“ Adalah .. hal orang dewasa . Budak-budak mana boleh masuk campur . “ Balas Hanafi sambil tangannya bersiap-sedia ingin menyuapkan makanan ke mulut .
Mereka semua mencebik apabila Hanafi menggelar mereka budak-budak .

Bab 15

Hanafi keluar dari bangunan Thulaqif’s Holding , bangunan milik ayahnya itu , tepat jam 12 tengahari . Terdapat beberapa orang staf bawahannya menegurnya dengan senyuman ramah . Hanafi membalasnya dengan senyuman juga . Langkah kakinya diatur kemas melangkah ke pintu utama Thulaqif’s Holding .
Hanafi kemudiannya melangkah mendekati  model Bugatti  EB Veyron 16.4 nya yang diparking di tempat letak kereta VIP yang terletak betul-betul di hadapan bangunan Thulaqif’s Holding . Spesial punya .
Sementara tangan kanan Hanafi memegang Blabkberrynya , sebelah tangan kirinya pula menekan alarm model Bugatti EB Veyron 16.4 . Setelah kunci keretanya dibuka , dia pantas masuk ke dalam keretanya . Beberapa minit kemudian , enjin kereta kedengaran . Dan model Bugatti EB Veyrn 16.4 itu meluncur laju menuju ke jalan besar .
Saluran radio dibuka sehingga volume 4 . Hanafi tidak suka menaikkan volume radio sekuat-kuatnya sehingga mengganggu ketenteraman orang lain . Prinsip hidup Hanafi sangat mudah . Buat sahaja apa yang disukai tapi jangan menyusahkan orang lain . Mudah bukan ?
Sampai di simpang antara Jalan Tarom dan jalan menuju ke Johor Specialist , Hanafi terus memecut tanpa menyedari dia telah melakukan kesilapan yang besar

Bab 14

“ Thank you very much Mr Jason because you dah bagi one more chance for our company untuk teruskan kontrak kat Seremban .” ucap Hanafi sambil berjabat tangan dengan Mr Jason .
Mr Jason tersenyum ramah . “ You’re welcome Hanafi . Besides , i dah lama berurusan dengan your company . I suka cara your dad and you handle syarikat . Bukan senang nak menaikkan empayar sendiri . Perlu pengorbanan yang pasti . I kan kawan lama papa you , since we’re in standard six , menengah tinggi . Kalau tak i yang tolong , siapa lagi “ Hanafi tersenyum lega mendengar kata-kata Mr Jason .
“ Ya .. papa had told me that before . “ ujar Hanafi mengiakan kata-kata Mr Jason . “ you know , your father was a great man i’ve ever known “ Puji Mr Jason .
“ Well .. just like me “ gurau Hanafi . Mereka sama- sama tertawa . Kemudian , mereka melangkah ke restoren berhampiran untuk tea time .

Monday, January 10, 2011

Bab 13

Hanafi memecut semula model Bugatti EB Veyron 16.4nya setelah menyedari dia telah pun menghalang laluan kereta-kereta lain . Wajahnya serius . Thurayya di sebelah hanya mendiamkan diri . Takut .

“ Eby dah kenapa ni ? Kenapa cakap macam tu kat abang Lan ? Sedih tau abang Lan dengar Eby cakap macam tu , sebab eby tak sokong keputusan dia “ marah Hanafi . Matanya fokus ke tengah jalan .

“ Masalahnya ... bukan Thu tak sokong keputusan abang Lanlah .. Malam tadi , kitaorang cuma main-main je . Lepas tu , Thu cuma cabar abang Lan je . Bukannya betul-betul pun . Yang abang nak marah sangat ni kenapa ? “ perlahan Thurayya berkata .

“ Eby cabar abang Lan ? kauorang main apa ni ?” tanya Hanafi tidak puas hati .

“ Alaa .. kalau Thu cakap pun , macam abang tau mainnya “ acuh tidak acuh sahaja Thurayya berkata .

“ Ceritakan kat abang the whole story “ suruh Hanafi . Thurayya mengeluh , lalu dia membuka mulut bercerita . Selesai sahaja Thurayya bercerita , Hanafi berkata .

“ Kalau macam tu , abang pun sokong apa yang eby buat “ Selamba Hanafi berkata . Thurayya terkejut lantas dia memukul lengan Hanafi yang sedang memegang stereng kereta .

“ Abang ni ! marah kat Thu , tapi abang pun sama je lah !” marah Thurayya .

“ Mana tak nya , cuba Eby tengok kalau kak Lyn datang rumah kita . Bukan main gedik betul minah tu depan papa dengan mama . Bukan main baik , alim KONON nya , tapi cuba bila dengan Eby . Alaa .. abang tahu , dia tak layan Eby baik-baik , kan ?” sengaja Hanafi menekankan perkataan ‘konon’ itu .

Terangkat-angkat kening Thurayya mendengar kutukan Hanafi . Ellehh .. aku ingat abang Nafi suka sangat dengan kak Lyn jadi adik ipar dia , rupanya sama aje dengan aku . KONON tadi berlagak alim sangat . Giliran Hanafi pula kena kutuk .

“Tahu tidak mengapa . Thu ingat abang tak perasan . Abang agak , kenapa dia buat macam tu ? “ tanya Thurayya sambil ketawa kecil mendengar Hanafi mengutuk bakal ipar mereka .

“Entah . Abang pun tak tahu . Eh , tengahari ni , siapa fetch Eby balik ? “ Pertanyaan Hanafi hanya dijawab dengan jungkitan bahu oleh Thurayya .

“ Kalau macam tu , biar abang yang fetch Eby . Dah lama rasanya abang tak fetch Eby . Dah lama rasanya abang tak pergi lunch dengan Eby . Today kita lunch sama-sama nak tak ? Abang belanja , nak ?” ajak Hanafi . Thurayya tersenyum lebar mendengar ajakan Hanafi . Pantas kepalanya dianggukkan .

“ Nak nak . Abang ni , cayalah .. sayang abang , muahh “ kata Thurayya sambil mencium pipi Hanafi . Hanafi menyeringai kegelian . Pantas tangannya mengelap pipinya yang dicium Thurayya tadi .

“ Ishh ... gelilah , apa ni ? tak malu eh ? “ Teriak Hanafi . Thurayy tertawa terkekeh-kekeh . Tiba-tiba , Hanafi menarik brek kecemasan . Thurayya yang tadinya ketawa terkekeh-kekeh , terdorong ke hadapan . Ketawanya terus terhenti .

“ Adoii .. sakitnya .. abang ! kenapa abang berhenti tiba-tiba ni ? sakit dahi Thu tau “ marah Thurayya . Hanafi dipandang sekilas .

“ Haa .. padan muka . Siapa suruh syok sangat ketawakan orang . Kan dah terhantuk “ Giliran Hanafi pula mentertawakan Thurayya .

“ Tunggu apa lagi ? keluarlah sayang oiii .. dah sampai ni “ Hanafi menjerit kecil menyuruh Thurayya keluar dari model Bugatti EB Veyron 16.4nya . Pantas Thurayya menyalami tangan Hanafi sambil membuat muka masam . Tangan kirinya masih memegang dahinya yang terhantuk tadi .Sambil melangkah keluar dari perut kereta , Thurayya mengomel sendirian . pelajar-pelajar di sekitarnya hanya memandang hairan ke arahnya .