Thursday, March 3, 2011

Bab 16

“ Weyh Thu , kau nak tunggu lagi ke ? aku dah penat ni nak tunggu lama-lama .” Kamal memecahkan kesunyian di antara mereka . Entah untuk ke berapa kali Kamal menyoal perkara yang sama . Thurayya menjeling geram .
Kau tak reti sabar ke Kamal ? Aku ni , kau ingat nak ke tunggu lama-lama ? Takkanlah tadi abang Nafi ada sent sms kat aku, kata dah keluar office , kalau tak , tak hingin aku tunggu dia lama-lama . Abang Nafi ni pun satu , kaa tadi nak fetch orang lepastu nak belanja orang lunch .. sampai sekarang tak sampai-sampai . Rungut hati Thurayya .
“ Kau reti sabar tak ? Kejap lagi dia sampailah “ kata Thurayya seraya menjeling tajam ke arah Kamal . Dilihatnya Firzana , Halim dan Kamal sudah resah menunggu .
Thurayya melihat jam Swatch di pergelangan tangannya . Jam sudah pun menunjukkan ke angka 2 petang . Kakinya digoyang-goyangkan . Matanya membuang pandang ke arah jalan besar mencari-cari kelibat kereta abangnya .
Beberapa minit kemudian , Model Bugatti EB Veyron milik Hanafi berhenti betul-betul di hadapan ,mereka berempat . Hanafi melangkah keluar dari kereta .
“ Sorry Thu abang lambat sikit “ pinta Hanafi setelah melihat wajah Thurayya yang serius memandangnya .  Halim , Kamal dan Farzana di sebelah Thurayya dipandang dan dihadiahkan senyuman . Mereka membalas seadanya .
“ Sikit abang kata ? Tengok sekarang dah pukul berapa ? Satu jam tau Thu tunggu “ rungut Thurayya . Mukanya seperti biasa dimasamkan .
“I’m really sorry ok . Tadi , abang memang keluar office pukul 12 macam tulah , tapi abang ada incident sikit tadi . Abang terlanggar orang “ Ujar Hanafi sambil tersengih . Membulat mata Thurayya .
“Abang incident ? Langgar orang ? Macam mana boleh terlanggar orang ? Habis tu , orang tu macam mana ? Okey tak ? “ Tanya Thurayya bertubu-tubi . Risau sungguh dirinya sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini .
“ Sabar , sabar .. Thu bagilah abang jawab satu-satu . Mana abang dapat jawab macam tu “ kata Hanafi . Lantas , dia mengajak  Thurayya serta rakan-rakan Thurayya menuju ke restoren berdekatan untuk makan tengahari .
Masuk sahaja ke dalam restoren , mereka mengambil tempat betul-betul di tengah restoren . Hanafi diapit oleh Kamal dan Halim dan berhadapan Thurayya . Manakala , Thurayya  duduk bersebelahan Farzana .
“Kita order dululah” Saran Hanafi . Mereka semua tidak membantah . Masing-masing diam memilih menu makan tengahari mereka .
Apa pasal pulak tetiba kawan-kawan Eby ada sekali ni ? Aku ajak Eby je pagi tadi . Tiba-tiba pulak jadik 5 orang . Apa seyh ? aku ke yang kena bayarkan untuk diorang ni ? Hmmm .. memang akulah yang kena bayar . Bisik hati Hanafi .
“ Abang , sorry tadi tak inform abang dulu . Lepas ni , kitaorang nak study kat Library awam kat sebelah sekolah Agama Bandar tu .  So , lunch kitaorang abang bayar tau “ Selamba Thurayya mengarah . Hanafi menjeling Thurayya .
Amboii .. sejak bila dia jadi mem kat sini ? Aku yang bawak duit, dia pulak yang lebih-lebih . Aku taulah nak bayar . Whatever happens , aku jugak yang kena bayarkan . Kutuk Hanafi .
“ Abang taulah “ acuh tidak acuh sahaja ujaran Hanafi. Thurayya tersenyum .
“ Abang Nafi tak nak cerita ke macam mana abang incident tadi “ tanya Kamal . Dia pulak yang sibuk mahu tahu .
“ Boleh jugak . Tadi … masa abang nak belok kat Johor Speacialist tu , abang terus pecut , tak perasan ada orang . Tiba-tiba aje abang dengar bunyi dentuman . Abang terkejutlah . Bila abang keluar , ada sorang perempuan terbaring pengsan . Kat kepala dia keluar darah . First-first tu , memang abang panik . Tapi disebabkan dah ramai orang kat situ , abang tak tau apa lagi nak buat , abang pun hantar dia kat Johor Speacialist tu . Nasib baik dekat . Tulah yang abang lambat tadi . Abang tunggu dia sedar, tapi dia tak sedar-sedar . So , abang tiggalkan dia dulu . Lepas ni , abang datang lagi sana .” Panjang Hanafi menjelaskan .
Mereka semua hanya menggangguk-angguk memahami cerita Hanafi .
“ Perempuan muda ke tua bang ? “ tanya Halim berbaur nakal . Semua mata memandang Halim .
“ Kau ni ! tak ada soalan yang lagi baik ke ? “ marah Farzana .Halim tersengih begitu juga Hanafi . Namun , Hanafi tetap menjawab “ Muda lagi . Macam abang Lan gitulah . Cantikkk … ushh “ kata Hanafi sambil tergelak . Thurayya mencebik .
“ Pantang nampak perempuan cantik sikit “ Kutuk Thurayya . Mereka tertawa .
“ Alaaa , relakslah Thu , abangkan bujang lagi , available , handsome pun jugak  “ Hanafi memuji diri sendiri . Sekali lagi Thurayya mencebik sementara rakan-rakannya yang lain ketawa .
“ Ha’ah , memanglah available , abang belum ada yang punya , cakap aje handsome . Cehh .. “ Ejek Thurayya . Hanafi tersengih-sengih .
Betul apa , aku kan memang handsome , yalah cuma belum ada jodoh . Tapi , aku rasa macam dah jumpa  jodoh aku . Cuma aku tak tahu samada dia betul-betul jodoh aku atau tak . Kalau memang dia jodoh aku , Alhamdulillah … Hati Hanafi bermonolog sendiri .
“ Abang  ? “ Panggil Thurayya sambil melambaikan tangannya di hadapan Hanafi . Hanafi tersentak . Dia mengukir senyuman nipis .
“ Kenapa ?” tanya Hanafi cuba menutup malunya . Empat pasang mata memandang hairan ke arahnya .
“ Abang ingatkan siapa ni ? “ tanya Thurayya kembali . Hanafi tersengih-sengih mendengar pertanyaan Thurayya .
“ Yalah , abang Nafi ni , berangan aja tau . Makanan dah sampai pun tak perasan “ sampuk Kamal . Mereka emua mengiakan .
“ Adalah .. hal orang dewasa . Budak-budak mana boleh masuk campur . “ Balas Hanafi sambil tangannya bersiap-sedia ingin menyuapkan makanan ke mulut .
Mereka semua mencebik apabila Hanafi menggelar mereka budak-budak .

No comments:

Post a Comment