Thursday, March 3, 2011

Bab 17

Selesai membayar harga makanan mereka , HAnafi kemudiannya menghantar Thurayya dan rakannya ke bus-stop di hadapan restoren itu .
“ Alaa .. kenapa abang tak hantar kitaorang naik kereta abang je ?” rungut Thurayya apabila Hanafi menyuruh mereka menaiki teksi ke perputakaan awam .
Terangkat-angkat kening Hanafi . “ Thu cuba tengok betul-betul , abang naik kereta apa ?”Suruh Hanafi .
“ Ehh .. lupa pulak . HEHEHE sorry bro “ ujar Thurayya . Model Bugatti EB Veyron 16.4 milik Hanafi hanya dapat memuatkan seorang penumpang sahaja bersama pemandunya .
Hanafi menghulurkan not 50 ringgit dari dompetnya kepada Thurayya . Katanya , untuk tambang teksi pergi dan balik . Selepas itu , Hanafi memecut keretanya ke Johor Specialist . Dia memakir model Bugatti EB Veyron 16.4nya di tempat meletak kereta khas . Kemudian , dia keluar dari kereta dan berjalan masuk ke pintu utama Johor Specialist .
Sejurus melepasi pintu utama Johor Specialist , Hanafi menuju ke lif . Dia menuju ke tingkat 4 hospital . Sebaik sahaja lif berbunyi , Hanafi keluar dari perut lif dan menuju ke sebuah bilik . Kelihatan seorang gadis dalam lingkungan 20-an sedang terbaring di atas katil pesakit .
Hanafi mendekati gadis itu .
“Uhh .. cantik jugak minah ni “ Bisik hati kecil Hanafi . Entah kenapa , Hanafi tertarik untuk menatap wajah gadis itu lebih lama .Jantungnya mula berdegup,tidak tentu . Hatinya mula diserang perasaan aneh yang dia tidak pernah dirasakan dengan gadis lain .
Tatapan Hanafi terputus apabila pintu bilik dibuka . Dr Hanifah yang merawat gadis itu , masuk .
“Eh , Nafi . Baru sampai ke ? “ Tanya Dr Hanifah sambil tersenyum mesra. Hanafi membalas senyuman Dr Hanifah . Sejurus sahaja Dr Hanifah ,menutup kembali pintu bilik , Hanafi menyalami tangan Dr Hanifah .
“ Baru aje auntie . Adalah 20 minit .” balas Hanafi sopan . Dr Hanifah merupakan ibu saudara Hanafi ,kakak kepada ayahnya .
Hanafi membiarkan Dr Hanifah membuat pemeriksaan terhadap gadis itu . Setelah selesai , dia bertanya .”Auntie , how ? “
“So far so good . Dia tak mengalami apa-apa kecederaan dalaman . Cuma luka luaran saja “ terang Dr Hanifah sambil menulis sesuatu ke atas laporan pesakit di hujung katil .
“ Then , kenapa dia tak bangun-bangun lagi ? “ tanya Hanafi lagi . Wajahnya risau .
“ Nafi jangan risau . Dia cuma tertidur saja . Kejap lagi mungkin dia bangun . Kelihatannya pesakit tidak mempunyai masa tidur yang cukup . “ Jelas Dr Hanifah sambil mengukir senyuman npis .
“ Ohhh … jadi , dia tak apa-apa kan ? “ Hanafi sebolah-boleh inginkan kepastian yang sah lagi sahih . Dia takut sekiranya wanita yang dilanggarnya itu , mengalami koma yang panjang .
“ Tak . Hanafi jangan risau sangat .Anything , auntie call Nafi kalau dia dah sedar . Nafi boleh percayakan auntie .” Pujuk Dr Hanifah meyakinkan Hanafi . Dia menepuk-nepuk bahu Hanafi .
Kemudian , Dr Hanifah meminta diri untuk keluar dahulu kerana ada perkara yang perlu diselesaikannya . Dia meninggalkan Hanafi keseorangan bersama wanita itu . Kesempatan yang ada itu , menyuruh Hanafi menatap wajah  wanita itu , sepuas-puasnya .

No comments:

Post a Comment