Saturday, March 19, 2011

Bab 18

Seminggu dirasakannya terlalu lama . Sehari itu seperti lambat berlalu . Lalu , pagi itu dirasakannya tidak seperti hari-hari sebelumnya .Awal pagi lagi , dia telah menyiapkan dirinya dengan rapi . Tepat jam 6.30 pagi , dia telah pun turun untuk bersarapan setelah usai menunaikan solat .

Mak Mah , pembantu rumah yang telah berkhidmat dengan keluarganya selama 15 tahun itu , hairan dengan kelakuan anak majikannya . Masakan tidak , tepat jam 6.30 pagi sudah ada di meja makan . Buang tabiat agaknya . Kebiasaannya , anak majikannya itu hanya turun untuk bersarapa 
pada pukul 6.60 pagi kerana pada waktu itulah mereka sekeluarga bersarapan bersama .

Ini tidak , Mak Mah sendiri pun masih sedang menyiapkan sarapan . Mak Mah hanya menggelengkan
 kepalanya . Pak Lah , suaminya yang bekerja sebagai pemandu merangkap tukang kebun di rumah itu , 
mengangkat kening kepadanya ,bertanya tentang satu-satunya anak lelaki majikannya itu .
Mak Mah hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu . Lalu , Mak Mah menuju ke meja makan di mana anak majikannya sedang duduk .
“ Aniq ? awal Aniq turun hari ni ? Aniq dah lapar ke ? “ Tanya Mak Mah berhati-hati . Khuatir sekiranya dia terkecilkan hati Aniq , anak majikannya . Aniq tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya .
“ Tak adalah Mak Mah . Saja .. lagipun Aniq terbangun awal tadi . Tu yang terus turun bawah . Mak Mah dah siap masak ? Kalau belum ,  Aniq nak tolong “ Bertambah hairan Mak Mah dibuatnya .
Nak tolong ? biar betul budak ni ? tak pernah-pernah nak menolong aku kat dapur . Bisik hati kecil Mak Mah .
“ Ehhh .. tak payah . Mak Mah dah nak habis tu . Aniq duduk aje sini . Tunggu ibu dengan ayah dengan kakak sekali “ halang Mak Mah apabila mendapati Aniq telah pun bangkit dari kerusi untuk ke dapur . Aniq duduk kembali . Mak Mah kembali ke dapur meninggalkan Aniq yang sedang tersenyum sendiri . Entah apa yang menggembirakan hatinya .

No comments:

Post a Comment