Monday, December 27, 2010

Bab 11

Lama Hazlan mengeluh . Wajah Dayana dan Hazlyn bersilih ganti menghiasi layar mindanya . Sapaan Pn Sri Datin Karina hanya dijawab dengan anggukan yang tidak bermaya . Perasaan aneh mula menjalar di hati Pn Sri Datin Karina .

Thurayya turut hairan dengan perubahan abangnya yang mendadak .
Baru semalam aku sentuh pasal Kak Lyn , dah macam apa hari ni . Konon lah tu . Baru kena sikit dah macam apa . Tapi kan , aku pun bukan sengaja buat abang macam tu . Aku pon tak berapa suka dengan kak Lyn . Nampak aje baik , hati siapa tahu . Ishh ... kau ni Thurayya , main judge orang aje . Eh , tapi betul apa , dia bukan baik sangat pun . Aku tak dapat bayangkan kalau abang Lan kahwin ngan dia , mesti abang Lan kebulur . Minah tu mana reti masak .Kutuk Thurayya.

“ Abang Lan ni kenapa ? sakit ke ? “ tanya Thurayya sewaktu duduk bersarapan . Pn Sri Datin Karina dan Tan Sri Dato’ Kamaruddin turut bersarapan bersama-sama . Abangnya Hanafi turut juga bersarapan bersama . Hanya abangnya , Taufiq sahaja yang tiada .

“ Ha’ah , mama pun pelik dengan abang Lan kamu ni , Eby “sokong Pn Sri Datin Karina sambil tangannya ligat menyapu jem berperisa coklat ke atas roti . Roti itu kemudiannya disuakan kepada suaminya , Tan Sri Dato’ Kamaruddin .

“ Haii ... abang Lan , takkanlah terkesan sangat dengan kata-kata Thu malam tadi ? Sensitif betul , sejak bila ? “ Perli Thurayya . Semua di meja makan memandang Thurayya sejurus dia menghabiskan kata-katanya .

“ Eby kata apa malam tadi ?” Serentak Pn Sri dan Tan Sri bertanya . Hampir sahaja membuatkan Thurayya tersemburkan air susu di dalam mulutnya . Memerah muka Thurayya . Pantas dia mengambil kain lap dan mengelap mulutnya .

“Mama dengan papa ni , patut-patutlah sikit .Nasib baik Thu tak tersembur terus air susu ni . Kalau tak , habis abang Nafi yang kena “ rungut Thurayya . Hanafi yang duduk berhadapan dengan Thurayya hanya tersengih menampakkan giginya yang putih itu .

“ Okeylah , Thu nak pergi ni . Jom abang Nafi , hantar Thu “ ajak Thurayya . Dia sudah pun bangkit bersama-sama beg sekolah serta blazer pengawasnya .Hanafi cepat-cepat menghabiskan air milo di cawannya . Dia kemudian bangkit sambil mengambil briefcasenya .

“Jom . Papa , Nafi pergi dulu . Kebetulan hari ni Nafi ada meeting dengan Mr. Jason dekat Hotel Mutiara . Nafi masuk office lambat sikit “ ujar Hanafi kepada Tan Sri Dato’ Kamaruddin.

“ Eh , Eby tak habis cakap tadi kan ? ha ... sengajalah tu nak elak “ kata Pn Sri Datin Karina
separuh berteriak . “Awak ni pun , tanya ajelah bila Eby dah balik sekolah “ tegur Tan Sri Dato’ Kamaruddin . Pn Sri Datin Karina hanya terdiam .

Bab 10

Ketukan di pintu kelas membantutkan pelajaran seketika . Seluruh seisi kelas memandang keluar . Seorang pengawas lelaki berdiri di muka pintu dengan wajah yang serius .

“ Ada apa , Hazlan ? Boleh saya bantu ? “Tanya cikgu Syarlina .

“Maaf mengganggu , cikgu .Boleh saya berjumpa dengan Dayana dan Hazlyn sekejap ? penting cikgu . “ Mohon Hazlan . Matanya dililaukan mencari kelibat Dayana dan Hazlyn .Akhirnya dia dapat melihat kelibat mereka yang duduk bersebelahan namun membelakangi masing-masing .Wajah masing-masing muram .

“ okey saya izinkan . “ balas cikgu Syarlina .
Hazlan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menunggu Dayana dan Hazlyn keluar dari kelas . Masing-masing tidak mahu keluar dahulu . Sehinggalah disergah oleh cikgu Syarlina .
Hazlan membawa mereka ke tepi padang sekolah .

“Awak nak apa jumpa saya dengan betina ni ? “ Tanya Hazlyn kasar . Sedih hati Dayana mendengarnya .

“Hazlyn ,saya nasihatkan awak supaya jaga perkataan awak tu . Sebelum penampar singgah kat pipi awak . “ Tegas Hazlan memberi amaran . Hazlyn terdiam .

“Awak nak apa Hazlan ? awak tak puas hati lagi ke ? “ lirih Dayana perlahan .

“ Saya cuma nakkan penjelasan dari awak berdua . Tolonglah .Saya minta sangat awak berdua bekerjasama dengan saya . “ Pohon Hazlan .

“ Awak nakkan penjelasan apa lagi hah ? tak faham-faham saya suruh awak buat pilihan ? ke awak ni pekak ,tak dengar apa yang saya kata ? “ pedas mulut Hazlyn berkata-kata .

“Tolonglah , baik awak senyap sebelum saya tempeleng awak . Nak rasa ? Sedap tau .”Hazlan membesarkan matanya . Geram sungguh dirinya dengan wanita yang bernama Hazlyn itu . Mulut Laser sungguh . Kalau boleh buang lemak dengan mulut laser dia tu , tak apa jugak .
Hazlyn akhirnya diam .

“ Saya nak tanya , siapa yang letak surat puisi tu kat dalam loker saya ? “ tanya Hazlan . Masing-masing diam membisu tanpa suara .
Hazlan bungkam .

“Hazlyn , tadi awak yang bising sangat . Sekarang saya dah bagi peluang nak cakap , awak tak nak cakap pulak “ perli Hazlan.

“ Awak jugak yang suruh saya diam tadi .Saya diamlah “ kata Hazlyn meleweh .
Hazlan mengeluh . Minah ni memang nak kena !

“ Awak ni , nama aje budak sekolah Kluster . Tapi , tak faham arahan orang . Saya tak faham macam mana awak boleh masuk sekolah sini “ rengus Hazlan . Mukanya diraup berkali-kali .

“Elleh , macam dia pandai sangat “ ejek Hazlyn perlahan . Hazlan yang mendengar hanya menjeling tajam .

“ Kalau awak cakap awak pandai , jawablah soalan saya . Awak kan pandai .” Perli Hazlan .

“Awak berdua ni tak boleh ke kalau tak bergaduh ,hah ? Awak Hazlan , awak panggil saya ni , nak soal ke nak bergaduh ? “ Marah Dayana . Rimas dengan Hazlan dan Hazlyn .

“OK , sorry . So , apa lagi ? jawablah “ ujar Hazlan .

“ Saya yang letak surat tu “ Jujur Dayana .

“ Jadi , surat tu dari awak lah ?” tanya Hazlan lagi .

“ Tak “

“ Habis tu siapa ?”

“ Dia “

“ Siapa ?”

“Dialah .kan saya dah cakap “

“ Yelah ,maksud awak Hazlyn ?”

“Hmm ... “

“Betul ke Hazlyn ?” tanya Hazlan .

“ Ya . Memang surat tu dari saya . Saya yang suruh Dayana letak kat loker awak “ Akui Hazlyn .

“ Puisi tu awak ke yang tulis ?”

“Tak “

“Siapa yang tulis ?”

“ Dia “


“Siapa dia tu?”

“Dialah”

“ Eh , awak ni kenapa ? dari tadi siapa, siapa . Tak ada soalan lain ke ?” Entah bagaimana Dayana dan Hazlyn berkata serentak .

Hazlan terpegun seketika .

“ Yelah, yelah . Oklah , ni soalan last saya . Saya nak awak berdua janganlah marah saya kalau saya cakap keputusan saya ni “ Hazlan akhirnya mengalah.

“ Keputusan ? apa maksud awak Hazlan ?”tanya Dayana .

“ Yelah , kan Hazlyn suruh saya buat pilihan samada awak atau Hazlyn . So ... mesti saya rasa
Hazlyn tak sabar nak tau siapa pilihan saya,kan?” kata Hazlan .

Bibir Hazlyn mula menunjukkan bahawa dia mahu tersenyum , tapi ditahan .

“ Hazlyn , Dayana ... saya harap , salah seorang dari awak tak berkecil hati dengan keputusan saya ni . Sebelum tu , terlebih dahulu saya minta maaf kalau keputusan ni menyinggung perasaan awak berdua “ mohon Hazlan .

“ Eh,cepatlah .Saya tak sabar ni “ kata Hazlyn teruja . Hazlan menggelang kan kepalanya .

“ Yang awak gedik sangat ni , kenapa ?” tanya Hazlan jengkel .

Senyuman di bibir Hazlyn termati . Hazlan menyambung .

“ Saya pilih ........ Hazlyn ... “ Belum sempat Hazlan meneruskan kata-katanya , Hazlyn terlebih dahulu menjerit kesukaan . Memang menunjukkan ciri-ciri gadis yang tidak Hazlan sukai . Sementara Hazlyn kesukaan , wajah Dayana muram .

“ Hazlyn , dengar sini , saya belum habis cakap “ Hazlan terpaksa berteriak .

Hazlyn berhenti menjerit .“Saya kata , saya pilih .... Hazlyn , saya minta maaf , sebab tak dapat nak pilih awak . Saya tak pernah suka awak . Saya suka Dayana “

Sunday, December 12, 2010

Bab 9

Hazlan tersenyum sendiri apabila mengimbas kembali kenangan-kenangannya semasa di zaman sekolah menengahnya bersama rakan-rakannya tidak terkecuali Hazlyn.Langsung dia tidak menyangka dia akan berjumpa semula dengan Hazlyn yang sudah menghilang 3 tahun lamanya tanpa sebarang kahabar mahupun berita.Sedang rakan-rakannya dahulu sering in touch dengannya,tidak bagi Hazlyn.

Mengingat kembilu punca Hazlyn menghilang,semuanya berpunca daripada dirinya sendiri.Hazlyn berkecil hati dengannya kerana Hazlan memilih untuk bersama Dayana,cinta monyetnya.

*****

Dayana dan Hazlyn merupakan rakan karib sejak di bangku sekolah rendah lagi.Persahabatan mereka bertambah akrab apabila mereka sama-sama melangkah ke sekolah menengah yang sama.Ke mana sahaja mereka pergi,pasti bersama.Tidak sah sekiranya salah seorang daripada mereka tiada.

Jika disebut tentang persahabatan karib,pasti apa sahaja dikongsi bersama.Hazlyn dan Dayana sering berkongsi rahsia dan masalah,termasuk rahsia hati mereka.Hazlyn sudah lama menaruh hati pada Hazlan begitu juga Dayana.Dayana mula menyukai Hazlan sejak pertama kali mereka bertemu.

Namun begitu,Dayana sedikit pun tidak memberitahu Hazlyn tentang rasa hatinya kerana tidak mahu dianggap perampas oleh Hazlyn.Dayana sanggup mengenepikan perasaannya asalkan rakan karibnya itu gembira.

Satu hari,Hazlyn menyuruh Dayana mengarangkan sebuah puisi untuk dihadiahkan kepada Hazlan kerana Dayana pandai mencipta puisi.Seringkali dia memenangi sebarang pertandingan bulan bahasa. Demi menggembirakan hati kawannya,Dayana mengarang sebuah puisi untuk Hazlan yang lebih kepada perasaannya terhadap Hazlan.

Selesai mengarang,Dayana disuruh pula memberikan puisi untuk kepada Hazlan secara tidak langsung. Dia disuruh Hazlyn untuk meletakkan puisi yang dikarang di atas sehelai kertas di loker simpanan Hazlan. Hazlan yang ke loker sewaktu rehat,terjumpa kertas itu.Hazlan hanya membaca puisi itu sambil lewa pada mulanya kerana menganggap itu perkara biasa kerana dia selalu mendapat surat cinta daripada pelajar-pelajar perempuan sekolahnya.

Tapi,setelah membaca nama pengirimnya,hati Hazlan berteka-teki tentang empunya diri yang mengarang puisi itu.Nama pengirim itu hanya ditulis dengan nama ‘Qaliesyia Faqiha’.Puas Hazlan mencari siapa ‘Qaliesyia Faqiha’,namun tidak ketemu.

Satu hari,sedang Hazlan menonton berita di televisyen,dia terlihat Dayana sedang berpuisi.Dia hanya tersenyum sewaktu melihat berita itu kerana dia menganggap ianya perkara biasa.Hazlan tahu Dayana seorang yang pandai berpuisi.Tapi,setelah mendengar puisi yang dibaca oleh Dayana dengan teliti,dia terkejut kerana mendapati puisi itu sama dengan puisi yang dia terima tempoh hari. Fikirannya mula memikirkan perkara yang bukan-bukan .

Esoknya di sekolah ,Hazlan bergegas berjumpa dengan Dayana yang waktu itu sedang makan di kantin bersama Hazlyn .Terkejut Hazlyn apabila Hazlan ingin berjumpa dengan Dayana ,bukan dirinya .Hazlyn mula berperasangka buruk pada Dayana .Dayana turut terkejut .Fikirannya mula mengingatkannya tentang puisi itu .

Keesokannya , Hazlyn langsung tidak melayan Dayana .Puas Dayana menerangkan kedudukan sebenarnya dan Hazlan ,namun langsung tidak dilayan Hazlyn .Hal itu berterusan selama 2 minggu ,sehinggalah satu hari , Hazlyn memaksa Dayana mengikutnya untuk berjumpa dengan Hazlan .

Hazlan yang waktu itu sedang bertugas menjaga dewan terbuka terkejut dengan kehadiran Dayana dan Hazlyn yang secara tiba-tiba itu .

“Hazlan, saya nak awak buat pilihan sekarang jugak ! “Kata Hazlyn tiba-tiba .Hazlan terpinga-pinga begitu juga Dayana .

“Lyn ? pilihan apa awak cakap ni ? “Tanya Dayana sambil menatap wajah Hazlyn tajam .

“ Awak diam Dayana .Saya tak tanya awak ,saya tanya Hazlan . Hazlan ,saya nak awak buat pilihan samada saya atau Dayana “ ujar Hazlyn tegas .Wajahnya serius .

“Awak atau Dayana ? apa ni ? saya tak faham .Cuba awak terangkan satu-persatu “ Beberapa pelajar di situ memandang-memandang mereka ,sibuk ingin tahu .

“ Awak jangan nak buat-buat tak fahamlah ,Hazlan “ Hazlan benar-benar tak faham apa yang diperkatakan oleh Hazlyn,begitu juga Dayana .

Hazlan hanya mendiamkan diri kerana dia langsung tidak tahu mahu menjawab apa kepada Hazlyn . Hazlyn bengang kerana tidak mendapat kata putus dari Hazlan .

“Lyn ,kenapa dengan awak ni ? Saya atau awak ?Apa ni ? “ Tanya Dayana .

“ Awak jangan nak buat tak tahulah ,Dayana .Saya tahu ,awak yang bagitahu Hazlan pasal puisi tu bukan saya yang tulis . Saya tahu ,awak sukakan dia jugak kan ?” Mencerlung biji mata Hazlyn sambil memandang wajah Dayana secara paksa .

“Apa ? Puisi tu dari awak ,Hazlyn? Jadi ,awaklah yang letak kertas puisi tu di loker saya ? “Tanya Hazlan .

“ Saya yang letak kertas puisi tu di loker awak ,Hazlan “Dalam keadaan begitu pun , Dayana masih mahu mempertahankan Hazlyn .

“Jadi , puisi tu dari awaklah ? “ Tanya Hazlan lagi . Hatinya mula berdetak gembira . Dari mula berjumpa dengan Dayana sewaktu di tingkatan 1 ,dia sudah tertarik dengan Dayana .

“ Bu..bukan dari saya...tapi dari....Ha...” belum sempatpun Dayana menghabiskan kata-katanya , Hazlyn terlebih dahulu bertindak dengan menghadiahkan penampar ke pipi mulus Dayana .

Perit sungguh rasanya apabila dilempang . Hazlan sungguh terkejut dengan tindakan Hazlyn itu .

“ Awak memang keji ,Dayana . Selama ni ,saya ingat awaklah kawan baik saya .Saya silap .Awak tu cuma pandai jadi backstabber je kan ? “ serentak dengan itu , Hazlyn berlalu pergi meninggalkan Dayana dan Hazlan .

Dayana menangis teresak-esak sejurus selepas Hazlyn pergi . Sedih sungguh hatinya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hazlyn .

“Dayana .... “ panggil Hazlan .Simpati menggunung di hatinya .

“ Sekarang ,puaslah hati awak kan ? “ Perli Dayana dan dia terus berlalu menuju ke tandas .

Wednesday, December 8, 2010

Bab 8

Hazlan sedang sibuk bergayut di telefon bimbitnya apabila Thurayya masuk ke biliknya secara tiba-tiba. Hazlan sedikit terkejut mendengar pintu biliknya dirempuh.Kelihatan Thurayya masuk ke biliknya dengan wajah yang serius.Hazlan menelan air liurnya.

“Lyn,kejap lagi I call you lagi,ok.I ada hal kejap”kata Hazlan perlahan mengakhiri perbualannya dengan Hazlyn,tunangnya.”alla...tapi you janji call I lagi,kay?”desak Hazlyn manja.”ok”kata Hazlan ringkas sebelum menutup handphonenya.

“Eh,Eby nak apa masuk bilik abang ni?”tanya Hazlan sedangkan dia tahu apa yang Thurayya mahu. Thurayya hanya diam.Dia melabuhkan punggungnya ke birai katil Hazlan.Hazlan menelan air liurnya, bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal melanda dirinya.

Aik?pura-pura tanya pula?macam tak tahu aku nak apa.desis hati Thurayya sinis.”Saja...datang melawat abang kesayangan Thu,ni..rasa rindu pulak.”sindir Thurayya selamba.Dia bangun dan berjalan-jalan di sekeliling bilik Hazlan.Sesekali dia mengambil barangan yang terdapat di situ dan membelek-beleknya, konon-konon berminat.

Apa pulak si Eby ni?kalau nak bantai aku,bantai ajelah terus.Buang masa aku ajelah.Lebih baik aku tepon Lyn.Eby!cepatlah!.Bentak hati Hazlan.Matanya dikerling kepada Thurayya.”Alah..kalau setakat nak lepas rindu kat abang,bila-bila masa aje boleh.Dahlah,abang nak call kak Lyn lah.Keluar,keluar..”halau Hazlan.

“Eh abang ni.abang ingat,Thu suka sangat ke masuk bilik abang yang hapak ni?lebih baiklah Thu duduk bilik sendiri.Adalah hajat Thu nak masuk bilik ‘wangi’ abang ni.”bantah Thurayya.Matanya dibesarkan. Comel.

“Amboi,banyak cantik muka Eby,cakap bilik abang hapak.Ingat bilik awak tu wangi sangat ke?”Hazlan turut menjegilkan matanya,tidak mahu kalah.Thurayya tersenyum-senyum.
“Aphal pulak ni,senyum,senyum?”tanya Hazlan pelik dengan perubahan wajah

Thurayya.”Yelah,siapa tak gembira bila ada orang puji diri sendiri cantik?”Balas Thurayya sambil mengkebil-kebilkan matanya, ayu.Hazlan ketawa berdekah-dekah mendengar kata-kata Thurayya.

“Jangan nak perasan awak tu cantik,ok.Lyn lagi cantik.huh!”riak Hazlan.Bibir Thurayya mula terbentuk-bentuk menjadi mulut itik.Wajahnya mula memasam.”Apa?tak puas hati ngan abang?jom lah..kita lawan.Amacam?”cabar Hazlan.

“Ok.”sahut Thurayya pendek.”Kalau abang kalah,abang akan buat apa saja yang Eby suruh.Deal?” Tanya Hazlan.Thurayya tersenyum sinis.”Termasuk kalau Thu suruh abang putus tunang ngan kak Lyn?“

*****

Malam yang damai itu mampu mendamaikan hati siapa saja yang sedang diulit keresahan.Angin dingin yang bertiup menyapa tubuh.Ahh..sungguh damai rasanya.

Hazlan termenung melihat langit gelap di atasnya.Kerlipan bintang-bintang menarik minatnya terus memerhati.Sesekali kedengaran keluhan dari bibirnya.Jari-jemarinya meraup rambut ke belakang. Seringkali dia berbuat begitu pabila keresahan.Entah apa yang membuatnya resah.Kata-kata Thurayya tadi benar-benar memberi kesan pada dirinya.

“Hazlyn.....”entah kenapa bibirnya menuturkan nama itu penuh kesal.Mindanya kembali melayang insiden kereta 3 tahun lalu yang mempertemukan dia dengan Hazlyn kembali.

~~~~~

“Woi!buta ke?dah tak ada mata?kau tengok ni,habis kereta aku,kau hentam.Eee..aku hentam kau karang!”marah Hazlan saat dia keluar dari kereta.Bonet keretanya rosak teruk dek dihentam dari belakang oleh entah siapa.

“sorryy..sa..saya betul-betul tak sengaja.I was on the phone just now.I’m really sorry”Pinta Hazlyn tanpa berani mengangkat mukanya.Takut dia mahu melihat wajah Hazlan yang sedang marah benar itu.

“Sorry,sorry.Apa?ingat sorry cukup ke?ni siapa nak repair kereta aku ni?”marah Hazlan lagi.Matanya dibesarkan .Geram sungguh dia pada gadis itu.Dah tahu tengah memandu,boleh pulak on the phone. Pakailah Handsfree,bongok!.Muka aje cantik,tapi otak tak guna.Kutuk Hazlan dalam hati.

“Na...nanti sa...say...saya repair kereta encik.Be..betul.saya tak tipu”terang Hazlyn bersungguh-sungguh. Wajahnya masih tidak berani diangkat.

“Ada aku kata kau tipu?tak ada kan?banyak duit kau nak repair?kau anak Tan Sri ke?”Tanya Hazlan. Hatinya kurang yakin dengan kata-kata Hazlyn.Dilihatnya,Hazlyn waktu itu cuma memandu Perodua Kancil.

“T..Tak...tapi saya boleh bayar ansur-ansur.”terketar-ketar Hazlyn menjawab.”Kau nak bayar guna apa? Daun?Hah!elok sangatlah tu.”Perli Hazlan.

Ishh..mamat ni.Karang aku lesing baru tau.Kau ingat aku miskin sangat nak bayar guna daun?taulah kaya, tak yahlah nak perli orang camtu.Ehhh..tapi aku macam pernah dengar suara dia ni.Tapi kat mana ek?

Perlahan-lahan Hazlyn mengangkat mukanya untuk melihat muka Hazlan.Untuk sesaat,Hazlyn terpana. Hazlan?Dia kenal Hazlan.Masakan tidak,mereka satu sekolah dulu,malah satu kelas lagi.

“Hazlan?”tanya Hazlyn meminta kepastian.Direnungnya wajah tampan Hazlan.Hazlan terkejut kerana gadi yang baru sahaja menghentam keretanya tahu namanya.Hazlan turut merenung wajah Hazlyn cuba mengingat kalau-kalau dia kenal akan Hazlyn.

“Weyh,ni Hazlyn lah.Tak ingat ke?”Bibir Hazlyn mula mengukir senyuman mesra.”Hazlyn?Hazlyn mana? Aku tak ingat ada kawan nama Hazlyn..”ujar Hazlan.

“Kau tak ingat aku ke?Hazlyn..Alaaa,Hazlyn Da Doom tu..tak ingat?”Beria-ia Hazlyn mengingatkan Hazlan.Sesaat kemudian,Hazlan tertawa besar sambil berkata”Hazlyn Da Doom De tu?betul ke ni Hazlyn?Oh,i can’t believe it!”

Bab 7

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,Thurayya hanya mendiamkan diri.Hazlan juga.Pelik juga dia melihat Thurayya.Selalunya,Thurayyalah yang paling bising.Berlainan pada hari ini.

“Aniq tu handsome kan,Eby?”Hazlan bertanya,memecah kesunyian.”Hmmm..”Itu sahaja?Hazlan terdiam kembali.Dia memikirkan apa lagi yang harus dia katakan untuk menarik perhatian Thurayya.Hazlan tersenyum nakal.

“sesuai sangat dengan Eby”kata Hazlan selamba.Thurayya tersentak.Dipanggung kepalanya menghadap Hazlan yang sedang memandu.Sungguh cermat dan berhati-hati Hazlan memandu.Matanya ditumpukan ke jalan.

“Abang jangan nak merepek .Thu tak suka abang gurau macam tu”marah Thurayya.Dia memuncungkan mulutnya.Hazlan tertawa.Seronok ,melihat muncung itik milik Thurayya.Semakin panjang muncung Thurayya.Dia tahu abangnya mengusiknya.

“Whateverlah suka ke tidak.Sedap betul Thu cakap abang ada sakit otak pada Aniq tadi”sengaja Hazlan mengubah topik.Dia sebenarnya tidak gemar melihat adiknya itu merajuk,apatah lagi mahu memujuk. Ahh..tidak sanggup.Kalau Lyn boleh lah.Dia tahu Thurayya sukar sejuk sekiranya dia sudah merajuk.

“Memang sedap.Macam pizza,bang”kata Thurayya sambil tertawa kecil,pura-pura. Hazlan menjeling tajam adiknya itu.”Kelakarnya...”Hazlan buat-buat ketawa besar.Thurayya menumbuk kuat bahu Hazlan. Hazlan mengaduh kesakitan sambil mengusap bahunya dengan sebelah tangan manakala tangannya yang lagi satu memegang stereng kereta.Thurayya hanya menjelirkan lidahnya.Eiii...geram betul!.Jerit Hazlan di dalam hati.

*****

Sampai sahaja di rumah,Thurayya terus mendapatkan ibunya yang sedang membaca majalah di ruang tamu.Dia memeluk ibunya dari belakang sambil mencium pipi ibunya,Puan Sri Datin Karina.

“Assalamualaikum,mama..”ucap Thurayya sambil melepaskan pelukan dan duduk,mengambil tempat di sebelah ibunya.Puan Sri Datin Karina menjawab salam Thurayya.Dia tersenyum sambil menghadiahkan ciuman di dahi dan pipi puteri tunggalnya itu.Thurayya tersenyum manis.Dia suka diperlakukan begitu oleh ibunya.

“Anak mama ni gembira aje.Ada apa-apa ke ni?”soal Puan Sri Datin Karina.Dia menutup majalah Wanita yang baru sahaja dibaca separuh muka surat itu.Kini tumpuannya dihalakan kepada anaknya itu.Wajah manis Thurayya ditatap.

Thurayya tersenyum-senyum.”Alla mama,memanglah gembira aje.Baru jumpa boyfriendlah katakan” entah dari mana Hazlan muncul.Tiba-tiba sahaja menyampuk.Thurayya mencebikkan bibirnya,manja. “Iye?hmm...menarik”ujar Puan Sri Datin Karina sambil memandang wajah Thurayya,berminat.

Abang Lan ni...Semua nak dicerita pada mama.Kepoh betul abang ni.Apa-apa pasal orang,sibuk nak ambil tahu.Pergilah ambil tahu pasal tunang sendiri tu.Setahu akulah kan,abang Nafi ngan abang Topek tak adalah kepoh macam abang Lan.Aku?lagi baik.Aku tak macam abang Lan,ok.Pelik betul aku ngan abang Lan.Nasiblah kak Lyn dapat tunang macam abang,nak-nak bila dah kahwin nanti.Aku tak dapat bayangkan nanti bila kak Lyn terpaksa bertahan dengan kekepohan abang Lan.Ehh..jap.jap.Abang Lan-Kak Lyn.Aku baru perasan yang diorang punya nama singkatan yang sama awal permulaan hurufnya. bLambatnya aku perasan.Entah apa-apa sahaja Thurayya bermain-main dalam hatinya.

“Eby?Eby mengelamun ,ya?”terencat lamunan Thurayya dengan panggilan ibunya.Thurayya tersengih-sengih.

“Yelah mama.Teringatkan Aniqlah tu”usik Hazlan.Mukanya selamba sahaja.Terbeliak mata Thurayya manakala Puan Sri Datin Karina tertawa.”Aniq...sedap nama tu.Aniq-Thurayya.Kalau digabungkan memang......”

“MELETUP!”serentak Hazlan dan Puan Sri Datin Karina berteriak persis anak kecil.Hazlan ketawa berdekah-dekah manakala Puan Sri Datin Karina tertawa kecil.Seronok benar 2 beranak itu mengusik Thurayya.Thurayya memasamkan mukanya.

“Eceh...anak mama ni,merajuk ke,suka?”usik Puan Sri Datin Karina lagi.Bibirnya masih terukir senyum manis.Tidak tahan lagi dengan usikan mama dan abangnya,Thurayya mengatur langkah untuk naik ke biliknya sambil menghentak-hentakkan kakinya.Beg sekolahnya disangkut ke bahu.

“Merajuklah tu.Apalah Eby ni.Sikit-sikit merajuk.Tak sporting langsung.”ejekan abangnya sayup-sayup kedengaran.Sambil mengatur langkah menuju ke biliknya,mulut Thurayya tidak berhenti mengomel. Entah apalah yang dingomelkannya.Pintu bilik dibuka dan dia terus menutup pintu bilik sejurus masuk ke dalam bilik.Tidak mahu terus-terusan mendengar ejekan abangnya .

Bab 6

“So,thanks Thurayya.Awak dah banyak bantu saya walaupun awak tak kenal saya.”ucap Aniq untuk kali ke-5.Thurayya tersenyum.”Well,dah tugas saya,memandangkan awak pelajar baru kat sini.”balas Thurayya.Waktu itu,Aniq sudah pun siap berurusan dengan kerani sekolah untuk pendaftaran sekolah barunya dan mereka berdua sedang berjalan menuju ke pintu pagar sekolah.

“Ermm..kalau saya boleh tanya,awak ni anak sedara cikgu Farhana ke?”tanya Thurayya.Aniq terpinga sebentar.Macam mana dia boleh tahu?aku belajar pun belum kat sini.Desis hati Aniq.”Ya.How do you know that?”tanya Aniq kembali.Wajah Thurayya dipandang sambil kakinya mengatur langkah.

“Kawan saya yang beritahu.Dia kata,cikgu Farhana yang bagitahu dia.Dia tu agak joyah juga lah.”kata Thurayya sambil tertawa kecil.Buat seketika,Aniq terpesona melihat cara Thurayya tertawa.Tawanya tidak lepas dan dikawal. Tidak seperti gadis-gadis lain yang pernah dijumpainya.

“oh...by the way,minggu depan baru saya start sekolah sini.Nampaknya,awaklah pelajar pertama yang saya kenal kat sini”ujar Aniq,tersenyum.Thurayya mengangguk sahaja.Mereka hilang kata-kata sehinggalah mereka sampai ke pintu pagar.Sebaik sahaja tiba di pintu pagar,kelihatan Hazlan sudah pun menunggu Thurayya.Dia bersandar di sisi keretanya.

“Hah!Eby pergi mana tadi?lama abang tunggu tau”kata Hazlan sedikit marah.Wajah Thurayya dipandang dan kemudiannya wajah Aniq.Dahinya berkerut.Tak pernah aku tengok muka budak ni.Kawan Eby ke? Tapi pakai baju kasual je.Boyfriend Eby kot.Ishh..takkanlah.Eby mana suka couple-couple ni.Habis tu? siapa ni?hati Hazlan berteka-teki.

“Thu teman Aniq pergi office tadi.Aniq ni pelajar baru kat sini.”Terang Thurayya.Elleh!orang pula yang kena.Dia yang fetch aku lambat sangat.Aku pula yang salah.Tak nak pula minta maaf sebab lambat ambik orang.Dahlah tu,panggil aku Eby.Dah banyak kali aku cakap jangan panggil aku Eby kalau depan kengkawan aku.Tak faham bahasa ke hah?Nak suruh orang cakap bahasa apa,ntah.Arab?Cina?tamil? boleh aje.Cuma aku yang risau dia pengsan bila dengar aku cakap bahasa lain sikit.Dia tu dahlah,Bahasa Melayu ngan English aje faham.Marah hati Thurayya.

“oh...patutlah .Abang ingat boyfriend Thu tadi.”usik Hazlan.Memerah muka Aniq dan Thurayya menahan malu.Ishh..aku baru kenal dia.Takkanlah aku ni boyfriend dia.Abang dia pun satu. Sesedap aje sangka orang.Aku sebenarnya tak kisah kalau nak jadi boyfriend dia.Tapi tak taulah pula dia nak ke tidak. Ahh..sudah!berangan aje.Wake up Aniq!.Desis Aniq dalan hati,nakal.

Abang ni.Ada ke patut ni Boyfriend aku.Agak-agaklah bang.Thu taulah yang Thu tak ada boyfriend.Nak perli orang pula.Taulah dia dah nak kahwin tak lama lagi.Tak yahlah berlagak.Tak apa,nanti aku cari boyfriend lagi handsome dari abang Lan.Biar padan muka dia.Tak pasal-pasal Aniq malu.Aku pun malu juga.Siaplah kau bang.Balik nanti,memang aku tibai kau cukup-cukup.Biar esok tak dapat fetch kak Lyn. Hati Thurayya bermonolog sendirian.

“Tak adalah bang.Saya baru kenal Thurayya.Takkanlah boleh jadi boyfriend dia.”ujar Aniq perlahan, menerangkan hubungan mereka.Hazlan tertawa besar.Relakslah ,dik.Abang gurau je pun.Eby tu dah macam nak terkam aku aje.Marah lah tu.ke suka?Siap-siaplah aku balik nanti.Mesti kena tibai ngan Eby. Memang jawabnya,aku tak dapat fetch Lyn esok.Dahlah tu,aku fetch Eby lambat.Memang kenalah ni. Eby,Eby.Bisik hati Hazlan.

Thurayya mengelengkan kepalanya dengan sikap abangnya.”Awak jangan layan abang saya ni.Dia ni sakit sebenarnya.Sakit otak.Okeylah Aniq.Saya balik dulu.Awak pun mesti nak balik.”kata Thurayya kepada Aniq.Aniq tersenyum.Hazlan tersengih-sengih melihat 2 remaja itu berbual.Agak malu-malu. Komen Hazlan.

“Okey.Terima kasih sekali lagi tolong saya tadi.Jumpa awak minggu depan”ucap Aniq,tersenyum manis. Thurayya menggelabah apabila Aniq tersenyum manis kepadanya.Dia segera memandang tempat lain untuk menutup rasa gemuruhnya.

“Sama-sama.bye...”akhiri Thurayya.Aniq berpaling pergi.Dia berjalan ke arah sebuah kereta Mercedes Benz yang sudah lama tersadai di situ.Thurayya hanya melihat Aniq berjalan pergi. Sebaik sahaja Kereta itu mula bergerak,Thurayya mengambil begnya yang diletakkan di pondok menunggu.

“Abang tunggu apa lagi?cepatlah”ujar Thurayya sedikit menjerit.Dilihatnya abangnya masih bersandar di pintu kereta sewaktu dia sudah pun masuk ke dalam kereta.Hazlan hanya tersengih-sengih.

Bab 5

Thurayya masih lagi menunggu kedatangan abangnya,Hazlan.Halim sudah pun pulang,diambil oleh pemandu ayahnya.Halim yang menaiki kereta Perdana V6 berwarna hitam kelabu hanya melambaikan tangannya sambil tersengih,mengejek.

Sunyi pula Halim dah balik.Tapi selagi dia belum balik,selagi tulah aku terpaksa layan gila dia tu.Keluh Thurayya sendirian.Tinggal beberapa orang pelajar saja lagi yang turut sama menunggu kehadiran ibu bapa mereka.
30 minit berlalu,Hazlan masih tidak datang lagi.”Mana abang Lan ni?kata tadi janji ambil tepat waktu. Sampai sekarang tak sampai-sampai lagi.Mesti pergi fetch kak Lyn.”rungut

Thurayya.Geram sungguh dia dengan sikap abangnya.Selalu mungkir janji.
Sedang Thurayya merungut sendirian,dia dikejutkan dengan sapaan seseorang.Dia berpaling ke belakang apabila bahunya ditepuk dari belakang.Sebaik sahaja dia berpaling,dia terlihat seorang budak lelaki sedang berdiri tegak sambil ditangannya terdapat beberapa envelope berwarna coklat.Budak itu langsung tidak dia kenali.

“Maaf,kalau saya boleh tanya,awak ni pelajar sekolah ni kan?” tanya budak lelaki itu.Dahinya sedikit berkerut menahan terik sang mentari.Wajah budak lelaki itu yang putih agak kemerah-merahan.Pada pandangan Thurayya,budak itu dalam lingkungan umur 16,bermaksud,sebaya dengan Thurayya.

“Ya saya.Ada yang boleh saya bantu?”tanya Thurayya kembali.Diamatinya wajah lelaki itu.Entah kenapa,hati Thurayya berdebar pabil a melihat wajah budak itu.”Terima kasih.Saya cuma nak tahu. Pejabat kat mana?”tanya budak itu.

“Oh..awak...”belum sempatThurayya menyambung,budak itu menyampuk”saya Aniq,pelajar baru kat sini.Saya baru nak daftar”jelas Aniq.Thurayya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Seketika kemudian,Thurayya menanggalkan beg di bahu dan meletakkan begnya di salah sebuah bangku di pondok menunggu.

Aniq agak terpinga-pinga dengan kelakuan Thurayya.Thurayya kemudiannya memandang Aniq.”So,Aniq, welcome to SERI.I’m Thurayya.Come,I show you our school office.”ajak Thurayya sambil melangkah semula ke pintu pagar sekolah.

“Thanks”ucap Aniq ringkas sambil tersenyum.Mereka pun bersama-sama ke pejabat sekolah yang terletak di blok B for Brilliant.

Bab 5

Thurayya masih lagi menunggu kedatangan abangnya,Hazlan.Halim sudah pun pulang,diambil oleh pemandu ayahnya.Halim yang menaiki kereta Perdana V6 berwarna hitam kelabu hanya melambaikan tangannya sambil tersengih,mengejek.

Sunyi pula Halim dah balik.Tapi selagi dia belum balik,selagi tulah aku terpaksa layan gila dia tu.Keluh Thurayya sendirian.Tinggal beberapa orang pelajar saja lagi yang turut sama menunggu kehadiran ibu bapa mereka.
30 minit berlalu,Hazlan masih tidak datang lagi.”Mana abang Lan ni?kata tadi janji ambil tepat waktu. Sampai sekarang tak sampai-sampai lagi.Mesti pergi fetch kak Lyn.”rungut

Thurayya.Geram sungguh dia dengan sikap abangnya.Selalu mungkir janji.
Sedang Thurayya merungut sendirian,dia dikejutkan dengan sapaan seseorang.Dia berpaling ke belakang apabila bahunya ditepuk dari belakang.Sebaik sahaja dia berpaling,dia terlihat seorang budak lelaki sedang berdiri tegak sambil ditangannya terdapat beberapa envelope berwarna coklat.Budak itu langsung tidak dia kenali.

“Maaf,kalau saya boleh tanya,awak ni pelajar sekolah ni kan?” tanya budak lelaki itu.Dahinya sedikit berkerut menahan terik sang mentari.Wajah budak lelaki itu yang putih agak kemerah-merahan.Pada pandangan Thurayya,budak itu dalam lingkungan umur 16,bermaksud,sebaya dengan Thurayya.

“Ya saya.Ada yang boleh saya bantu?”tanya Thurayya kembali.Diamatinya wajah lelaki itu.Entah kenapa,hati Thurayya berdebar pabil a melihat wajah budak itu.”Terima kasih.Saya cuma nak tahu. Pejabat kat mana?”tanya budak itu.

“Oh..awak...”belum sempatThurayya menyambung,budak itu menyampuk”saya Aniq,pelajar baru kat sini.Saya baru nak daftar”jelas Aniq.Thurayya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Seketika kemudian,Thurayya menanggalkan beg di bahu dan meletakkan begnya di salah sebuah bangku di pondok menunggu.

Aniq agak terpinga-pinga dengan kelakuan Thurayya.Thurayya kemudiannya memandang Aniq.”So,Aniq, welcome to SERI.I’m Thurayya.Come,I show you our school office.”ajak Thurayya sambil melangkah semula ke pintu pagar sekolah.

“Thanks”ucap Aniq ringkas sambil tersenyum.Mereka pun bersama-sama ke pejabat sekolah yang terletak di blok B for Brilliant.

Bab 4

Hari itu,Thurayya dan Halim pulang bersama-sama 2 orang lagi rakan mereka iaitu Kamal dan Farzana. Kamal dan Farzana merupakan rakan Thurayya sejak dia sekolah rendah lagi.Mereka bergelak tawa bersama sambil menuju ke pintu pagar utama sekolah.
Pemandu Farzana sudah pun menunggu di hadapan pintu pagar.Farzana terus sahaja masuk ke dalam perut kereta apabila pemandunya membukakan pintu penumpang untuknya.Mereka bertiga sama-sama melambaikan tangan ke arah Farzana yang sudah pun menurunkan tingkap.

“Zana,jangan lupa esok,tau”pesan Kamal kepada Farzana.Farzana tersenyum.”okey.Kau jangan lupa beritahu diaorang”Terpinga-pinga sebentar Thurayya dan Halim sebelum bertanya kepada Kamal.Sebaik sahaja kereta Farzana sudah hilang dari pandangan mereka,Halim bertanya kepada Kamal.

“Bagitahu apa Mal?”Thurayya juga ingin tahu.Selalunya 2 rakannya itu tak pernah berahsia dengannya. Mereka semua berkongsi rahsia bersama kecuali Halim.”Aku ngan Zana ingat nak ajak korang pergi library esok petang”jelas Kamal sambil matanya melilau mencari kelibat kereta ayahnya.

“Pergi library?kenapa tak pergi pagi aje?kenapa mesti pergi petang?kan lagi senang pergi pagi”kata Halim memberi cadangan.Thurayya hanya diam.Matanya turut melilau mencari kelibat BMW abangnya. “Bukannya library sekolahlah!library awam yang sebelah sekolah Agama Bandar tu”kata Kamal.

“ohh..aku tak kisah.Kau Thu?”tanya Halim.Thurayya berpaling.”on”balasnya pendek.Seketika kemudian, kereta ayah Kamal berhenti betul-betul di hadapan mereka.Ayah Kamal yang tampak lebih muda dari umurnya tersenyum ke arah mereka sambil membuka tingkap keretanya.

“Assalamualaikum uncle..sihat?”tanya Thurayya ramah.Dia menghadiahkan senyuman manis kepada ayah Kamal.”Waalaikumsalam.Uncle sihat.Tan Sri sihat ke?”tanyanya kembali merujuk kepada ayah Thurayya.

“Alhamdulillah.mama pun sihat juga.Auntie macam mana?dah keluar hospital?”Thurayya memang pandai mencari idea untuk berbual dengan sesiapa sahaja.Sementara itu,Kamal yang sudah pun berada di tempat duduk sebelah pemandu dan Halim yang berdiri di sebelah Thurayya hanya mendengar sambil tersenyum.

“Dah.Kamal tak bagitahu ke?”tanya ayah Kamal,En Zambri sambil menjeling sekilas anak bujangnya. Kamal tersengih-sengih di sebelah ayahnya.Thurayya menggeleng sambil tersenyum.”Tak apalah uncle. Kirim salam pada auntie,ya.”pesan Thurayya.

“okey.Kirim salam papa kamu juga.”ujar En Zambri sambil memusingkan stereng kereta 355icoupe1 nya itu.Thurayya hanya mengangguk.Halim di sebelahnya turut meniru perlakuannya.Thurayya hanya mencebik melihat telatah Halim.Memang sahlah si Halim ni tak siuman.Gurau hati Thurayya.

“Gila”kata Thurayya sepatah.Halim hanya ketawa terkekek-kekek.Thurayya menggelengkan kepalanya. Apasallah si Halim ni.Makin hari aku tengok makin gila dia.Halim,Halim,aku kadang-kadang macam nak bawa kau pergi Hospital Tanjung Rambutan aje.Aman sikit dunia ni.Bisik hatinya.

Bab 3

Loceng rehat berbunyi.Berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas mereka untuk ke kantin,mengisi perut yang tersedia kosong.Thurayya bingkas bangun dari bangku yang disediakan di kantin.Tiga rakan sepengawasnya turut bangun.Norish,Halim,Wani dan Thurayya terlebih dahulu berehat berbanding pelajar-pelajar lain.Semua pengawas turut berehat terlebih dahulu kerana akan ada tugasan yang sedang menanti.

Thurayya dan Halim bergerak ke tempat mereka bertugas minggu itu iaitu di dewan terbuka.Kelihatan juga beberapa orang pengawas turut bertugas di situ.Thurayya mengambil tempat di hujun dewan begitu juga Halim.Ishh..menyibuk betul Halim ni!.

“Thu,kau dah siap tugasan yang cikgu bagi tu tak?”tanya Halim,sibuk membetulkan rambutnya.Dia sentiasa mahu kelihatan menarik tak kira di mana sahaja dia berada.Pantaslah namanya sering kali disebut-sebut oleh pelajar junior.Thurayya hanya memandang sahaja gelagat Halim.Dia tersenyum nipis.

“Tugasan apa pula?”tanya Thurayya kembali.Dia ingat-ingat lupa tentang sebarang tugasan yang diberikan guru mereka.”Alla,tugasan Chemist kita la...kau tak ingat ke?kau ni selalu lupa apa-apa tugasan.”rungut Halim.Tangannya masih menari pantas di sekeliling blazer pengawasnya.

Thurayya buat-buat tidak bena sahaja.Faham sungguh dia dengan sikap rakan sekelasnya itu.Nama sahaja lelaki,tapi Halim suka membebel mengalahkan perempuan.Mulutnya tidak akan berhenti bercakap sehinggalah tiada daya lagi hendak berkata-kata.Nasib baik dahinya tiada cat warna putih seperti yang biasa dipakai oleh kaum india jika tidak,memang padanlah dengan wajahnya yang hitam manis tiada madunya.

“Cuba kau catat semua tugasan yang cikgu bagi.Tak adalah nanti kau terlupa.Kau kan dah dengar Dr.Hamdan Abdul Kadir ceramah masa form 3.Takkanlah dah lupa.Apabila kita menulis,kita lebih mudah mengingati sesuatu.Aku ni pelik tengok kau.Lupa macam mana sekalipun,kau tetap siap kerja kau kan.Pelik,pelik”Halim mula membebel seorang diri.

Dah,dah mula dah tu.Isshh..Halim ni.membebel aje.Mak ngan bapa aku pun tak macam kau tau. Kau ni aku rasa kalau jadi menteri bagus ni.Sekurang-kurangnya,adalah juga orang yang nak dengar bebelan kau tu.Kalau kau bebel ngan aku pun,apa gunanya.Aku bukan dengar dan yang paling important,i’m not interested with your story,okey?.Hati Thurayya bermonolog sendiri.

“Weyh Thu,kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”tanya Halim sambil merenung muka Thurayya serius. Thurayya tersenyum manis.Manis betullah senyuman si Thu ni.Hampir sahaja aku tergoda.Beruntung siapa yang dapat kau Thu.Dahlah cantik,kaya pula tu,beragama lagi.Kalau aku yang dapat,haiii..bertuah betul.Tak lenalah tidur aku.Nakal hati Halim berkata-kata.

“aku dengarlah.Aku belum pekak,ok”kata Thurayya sambil membuang pandang ke arah pelajar yang melintasi mereka.Sesekali dia tersenyum kepada pelajar yang dikenalinya.Murah sungguh dirinya dengan senyuman.Sebab itulah ramai yang suka berkawan dengannya.Hampir semua pelajar di situ mengenalinya.

“whateverlah.eh,kau ada dengar tak yang ada budak baru nak datang sini?”tanya Halim mengubah topik.Dia tahu Thurayya tidak suka mendengar ceramahnya.”Tak ada pula.Perempuan ke lelaki?” tanyanya kembali.

“Tak silap aku lelaki.Aku dengar ni pun dari cikgu Farhana.Katanya budak tu anak sedara dia.Tapi budak tu pindah sini minggu depan”jelas Halim.Punggungnya dilabuhkan ke bangku di tepi dewan.Thurayya turut sama melabuhkan punggungnya.Sedikit jarak diantara mereka dibiarkan.

“Form berapa”Tanya Thurayya lagi.Ingin juga dia mengenali anak saudara kepada guru Fiziknya itu. Entah bagaimana rupa anak saudara gurunya itu.Handsome ke?buruk ke?”Sebaya kita.kenapa? berkenan?”sengaja Halim bertanya begitu.

Berkerut kening Thurayya.Ahh..sengaja mengusik aku ni.Desis hati kecilnya.”Kau ni.Tengok muka budak tu pun belum,dah cakap aku berkenan.Anyway,kalau aku berkenan sekalipun,buat apa aku beritahu kau. Tak ada gunanya pun.Kau tu kan mulut tempayan,tak reti nak jaga rahsia orang.”kutuk Thurayya. Memerah muka Halim apabila dikutuk sebegitu rupa.

“Eh,sorry sikit,aku bukannya tak ja...”belum pun sempat Halim menghabiskan kata-katanya,Thurayya memotong”Yelah,yelah..aku faham.Tak payah nak terangkan secara details ok.Dahlah.jom masuk kelas. Dah bunyi loceng ni.Karang mengamuk pula Pengetua kita tu.Lepas ni kan time dia”

Mujur Halim tidak membantah.Dia turut bangun sambil membetulkan hujung blazer pengawasnya.Pen yang berada digenggamannya diselitkan di kocek seluarnya.Thurayya terlebih dahulu bangun.

Elleh Thu,kau ingat aku tak tau apa taktik kau?aku taulah kau nak cepat-cepat suruh aku berhenti bercakap.Selagi aku hidup kat atas dunia ni,kau takkan dapat mengelak dari aku,Thurayya!.Jerit hati Halim dalam diam.

Bab 2

Thurayya Hannah,seorang gadis yang memiliki seraut wajah yang tenang mata memandang.Merupakan anak bongsu kepada pasangan Tan Sri Dato’ Kamaruddin dan Puan Sri Datin Karina.Dibesarkan dalam suasana yang mewah dan ditatang bagai minyak yang penuh.Menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki di sekolahnya.

Walaupun dilahirkan dalam suasana keluarga yang berada,namun,dia bukanlah seorang yang sombong dan angkuh.Dia sering merendah diri.Rata-rata pelajar di sekolah sangat suka berkawan dengannya ekoran sikapnya yang mudah mesra dan senang dibuat kawan.Namun begitu,ada juga pelajar yang berkawan dengannya hanya kerana dia dilahirkan dalam keluarga yang berada.Dan ini yang paling tidak disukainya.

Thurayya hidup dalam keadaan dikelilingi oleh kumbang-kumbang yang handsome-handsome belaka.Dirinya sangat disayangi oleh abang-abangnya kerana hanya dia sahaja adik perempuan mereka.Abangnya yang pertama,Tariq Hanafi berumur 27 tahun.Bekerja sebagai pengerusi syarikat ‘FIHANA’ yang berada di bawah naungan syarikat bapanya.Seorang yang masih belum berpunya walaupun umur sudah menjangkau 30-an.Ishh..ishh..So, sesiapa yang nak masuk line,dipersilakan…

Thaqif Hazlan,anak kedua dan juga abang yang kedua.Berumur 25 tahun dan bekerja bersama-sama ayahnya.Paling rapat dengan Thurayya and the most important thing you need to know is...he’s TAKEN!! Bro yang terakhir,Taufiq Hakim.Still young,about 21 in age.still belajar kat overseas,Perth,Australia.Don’t know whether he’s taken or not.Ask him yourself,ok.

*****

Nafasnya turun naik,turun naik.Dadanya terasa sedikit mengah.Peluh di dahi mula merenik.Kaki yang diatur masih melangkah ke destinasi yang dituju.Sesekali beg di bahu terlurut dan dinaikkan kembali ke bahu.Sampai ke destinasi yang dituju,buku limanya pantas diketukkan ke pintu.Semua yang berada di dalam kelas berpaling apabila terdengar ketukan pintu.Guru yang sedang mengajar turut terhenti pengajarannya.

Dengan teragak-agak,dia melangkah masuk setelah memberi salam.Dia menghampiri guru itu yang berdiri di hadapan semua pelajar.Kepalanya ditundukkan,tidak berani melihat wajah gurunya yang baru hari ini dilihat serius.Guru itu bercekak pinggang.

“Hah!ni kenapa lambat ni?Kucing bersalin juga ke?”marah guru itu.Terbeliak mata Thurayya mendengar ungkapan yang diungkap oleh guru Bahasa Melayunya itu.Kucing bersalin?bukan beranak ke?ish cikgu ni.Kata ajar Bahasa Melayu,tapi tatabahasa lari.Suruh orang belajar tatabahasa,tapi dia sendiri tak betul. Hampeh punya cikgu!.Teriak hati Thurayya.

“Cikgu,mana ada kucing bersalin.Kucing beranaklah ,cikgu”akhirnya terluah juga tatabahasa yang betul dari mulut Thurayya.Semua pelajar tertawa lepas.Guru itu akhirnya tidak mampu mengekalkan imej seriusnya.Dia turut tertawa.Terpinga-pinga Thurayya dibuatnya.Sengaja gurunya itu membuat muka serius sebentar tadi.Dia suka membuatkan Thurayya serba salah.

“Bagus,bagus.Akhirnya awak mampu membetulkan tatabahasa saya,Thurayya”kata guru itu,masih bersisa tawanya.Semakin pelik Thurayya dibuatnya.”Terima kasih cikgu.Sebenarnya saya memang mampu pun.Cikgu tu aje yang selalu salah tatabahasa”Selamba sahaja Thurayya bersuara.Sebaik sahaja Thurayya habis berkata,semua pelajar bersorak.

Guru itu hanya tersenyum mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut pelajar kesayangannya. Selamba sungguh!desis hatinya.”Wooo!!!Cikgu Razan kena ngan Thurayya!bagus Thurayya,bagus!” teriak Afghan,salah seorang rakan kelasnya yang terkenal dengan sikap gilanya yang terlebih.Semua pelajar tertawa lagi.

“Well,You know me,huh”ujar Thurayya sambil tersenyum lebar.Semakin gamatlah seluruh seisi kelas itu. Thurayya melangkah ke mejanya yang hanya beberapa langkah sahaja lagi.Namun,belum sempat dia sampai ke mejanya,cikgu Razan berkata,”Eh,siapa suruh awak duduk?saya tak ada suruh pun?”

Berkerut kening Thurayya.Gurunya itu selalu membuatkan dia rasa geram,bagai nak ditumbuk sahaja namun,dia perlu menghormati insan yang pernah mencurahkan ilmu kepadanya.Thurayya menghentakkan kedua-dua kakinya.

“Alla,apa lagi,cikgu?”tanya Thurayya sambil memandang guru yang berumur dalam lingkungan 20-an itu. Cikgu Razan mengukirkan senyuman.Keningnya diangkat satu.Elleh,sikit-sikit angkat kening Ziana Zain dia tu.Apa?dia ingat aku tak boleh angkat kening macam tu ke?Karang aku buat,pengsan dia.Kutuk Thurayya dalam hati.

“Sini.Saya belum habis tanya awak lagi.”jawab cikgu Razan.Dengan langkah yang perlahan dan kaki yang diseret,Thurayya melangkah ke hadapan kelas kembali.”Cikgu nak tanya apa lagi?”tanya Thurayya lagi. Kakinya yang tersedia lenguh,dibengkokkan sedikit.

“Kenapa awak datang lambat tadi?”tanya cikgu Razan lagi,mengulangi soalannya awal tadi.Thurayya tersengih seperti kerang busuk.Semakin tinggilah kening Ziana Zain milik cikgu Razan.”Alla,relakslah cikgu.Kucing saya beranak!”jawab Thurayya sambil terus-terusan mengukir sengihan.