Wednesday, December 8, 2010

Bab 3

Loceng rehat berbunyi.Berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas mereka untuk ke kantin,mengisi perut yang tersedia kosong.Thurayya bingkas bangun dari bangku yang disediakan di kantin.Tiga rakan sepengawasnya turut bangun.Norish,Halim,Wani dan Thurayya terlebih dahulu berehat berbanding pelajar-pelajar lain.Semua pengawas turut berehat terlebih dahulu kerana akan ada tugasan yang sedang menanti.

Thurayya dan Halim bergerak ke tempat mereka bertugas minggu itu iaitu di dewan terbuka.Kelihatan juga beberapa orang pengawas turut bertugas di situ.Thurayya mengambil tempat di hujun dewan begitu juga Halim.Ishh..menyibuk betul Halim ni!.

“Thu,kau dah siap tugasan yang cikgu bagi tu tak?”tanya Halim,sibuk membetulkan rambutnya.Dia sentiasa mahu kelihatan menarik tak kira di mana sahaja dia berada.Pantaslah namanya sering kali disebut-sebut oleh pelajar junior.Thurayya hanya memandang sahaja gelagat Halim.Dia tersenyum nipis.

“Tugasan apa pula?”tanya Thurayya kembali.Dia ingat-ingat lupa tentang sebarang tugasan yang diberikan guru mereka.”Alla,tugasan Chemist kita la...kau tak ingat ke?kau ni selalu lupa apa-apa tugasan.”rungut Halim.Tangannya masih menari pantas di sekeliling blazer pengawasnya.

Thurayya buat-buat tidak bena sahaja.Faham sungguh dia dengan sikap rakan sekelasnya itu.Nama sahaja lelaki,tapi Halim suka membebel mengalahkan perempuan.Mulutnya tidak akan berhenti bercakap sehinggalah tiada daya lagi hendak berkata-kata.Nasib baik dahinya tiada cat warna putih seperti yang biasa dipakai oleh kaum india jika tidak,memang padanlah dengan wajahnya yang hitam manis tiada madunya.

“Cuba kau catat semua tugasan yang cikgu bagi.Tak adalah nanti kau terlupa.Kau kan dah dengar Dr.Hamdan Abdul Kadir ceramah masa form 3.Takkanlah dah lupa.Apabila kita menulis,kita lebih mudah mengingati sesuatu.Aku ni pelik tengok kau.Lupa macam mana sekalipun,kau tetap siap kerja kau kan.Pelik,pelik”Halim mula membebel seorang diri.

Dah,dah mula dah tu.Isshh..Halim ni.membebel aje.Mak ngan bapa aku pun tak macam kau tau. Kau ni aku rasa kalau jadi menteri bagus ni.Sekurang-kurangnya,adalah juga orang yang nak dengar bebelan kau tu.Kalau kau bebel ngan aku pun,apa gunanya.Aku bukan dengar dan yang paling important,i’m not interested with your story,okey?.Hati Thurayya bermonolog sendiri.

“Weyh Thu,kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”tanya Halim sambil merenung muka Thurayya serius. Thurayya tersenyum manis.Manis betullah senyuman si Thu ni.Hampir sahaja aku tergoda.Beruntung siapa yang dapat kau Thu.Dahlah cantik,kaya pula tu,beragama lagi.Kalau aku yang dapat,haiii..bertuah betul.Tak lenalah tidur aku.Nakal hati Halim berkata-kata.

“aku dengarlah.Aku belum pekak,ok”kata Thurayya sambil membuang pandang ke arah pelajar yang melintasi mereka.Sesekali dia tersenyum kepada pelajar yang dikenalinya.Murah sungguh dirinya dengan senyuman.Sebab itulah ramai yang suka berkawan dengannya.Hampir semua pelajar di situ mengenalinya.

“whateverlah.eh,kau ada dengar tak yang ada budak baru nak datang sini?”tanya Halim mengubah topik.Dia tahu Thurayya tidak suka mendengar ceramahnya.”Tak ada pula.Perempuan ke lelaki?” tanyanya kembali.

“Tak silap aku lelaki.Aku dengar ni pun dari cikgu Farhana.Katanya budak tu anak sedara dia.Tapi budak tu pindah sini minggu depan”jelas Halim.Punggungnya dilabuhkan ke bangku di tepi dewan.Thurayya turut sama melabuhkan punggungnya.Sedikit jarak diantara mereka dibiarkan.

“Form berapa”Tanya Thurayya lagi.Ingin juga dia mengenali anak saudara kepada guru Fiziknya itu. Entah bagaimana rupa anak saudara gurunya itu.Handsome ke?buruk ke?”Sebaya kita.kenapa? berkenan?”sengaja Halim bertanya begitu.

Berkerut kening Thurayya.Ahh..sengaja mengusik aku ni.Desis hati kecilnya.”Kau ni.Tengok muka budak tu pun belum,dah cakap aku berkenan.Anyway,kalau aku berkenan sekalipun,buat apa aku beritahu kau. Tak ada gunanya pun.Kau tu kan mulut tempayan,tak reti nak jaga rahsia orang.”kutuk Thurayya. Memerah muka Halim apabila dikutuk sebegitu rupa.

“Eh,sorry sikit,aku bukannya tak ja...”belum pun sempat Halim menghabiskan kata-katanya,Thurayya memotong”Yelah,yelah..aku faham.Tak payah nak terangkan secara details ok.Dahlah.jom masuk kelas. Dah bunyi loceng ni.Karang mengamuk pula Pengetua kita tu.Lepas ni kan time dia”

Mujur Halim tidak membantah.Dia turut bangun sambil membetulkan hujung blazer pengawasnya.Pen yang berada digenggamannya diselitkan di kocek seluarnya.Thurayya terlebih dahulu bangun.

Elleh Thu,kau ingat aku tak tau apa taktik kau?aku taulah kau nak cepat-cepat suruh aku berhenti bercakap.Selagi aku hidup kat atas dunia ni,kau takkan dapat mengelak dari aku,Thurayya!.Jerit hati Halim dalam diam.

No comments:

Post a Comment