Monday, December 27, 2010

Bab 11

Lama Hazlan mengeluh . Wajah Dayana dan Hazlyn bersilih ganti menghiasi layar mindanya . Sapaan Pn Sri Datin Karina hanya dijawab dengan anggukan yang tidak bermaya . Perasaan aneh mula menjalar di hati Pn Sri Datin Karina .

Thurayya turut hairan dengan perubahan abangnya yang mendadak .
Baru semalam aku sentuh pasal Kak Lyn , dah macam apa hari ni . Konon lah tu . Baru kena sikit dah macam apa . Tapi kan , aku pun bukan sengaja buat abang macam tu . Aku pon tak berapa suka dengan kak Lyn . Nampak aje baik , hati siapa tahu . Ishh ... kau ni Thurayya , main judge orang aje . Eh , tapi betul apa , dia bukan baik sangat pun . Aku tak dapat bayangkan kalau abang Lan kahwin ngan dia , mesti abang Lan kebulur . Minah tu mana reti masak .Kutuk Thurayya.

“ Abang Lan ni kenapa ? sakit ke ? “ tanya Thurayya sewaktu duduk bersarapan . Pn Sri Datin Karina dan Tan Sri Dato’ Kamaruddin turut bersarapan bersama-sama . Abangnya Hanafi turut juga bersarapan bersama . Hanya abangnya , Taufiq sahaja yang tiada .

“ Ha’ah , mama pun pelik dengan abang Lan kamu ni , Eby “sokong Pn Sri Datin Karina sambil tangannya ligat menyapu jem berperisa coklat ke atas roti . Roti itu kemudiannya disuakan kepada suaminya , Tan Sri Dato’ Kamaruddin .

“ Haii ... abang Lan , takkanlah terkesan sangat dengan kata-kata Thu malam tadi ? Sensitif betul , sejak bila ? “ Perli Thurayya . Semua di meja makan memandang Thurayya sejurus dia menghabiskan kata-katanya .

“ Eby kata apa malam tadi ?” Serentak Pn Sri dan Tan Sri bertanya . Hampir sahaja membuatkan Thurayya tersemburkan air susu di dalam mulutnya . Memerah muka Thurayya . Pantas dia mengambil kain lap dan mengelap mulutnya .

“Mama dengan papa ni , patut-patutlah sikit .Nasib baik Thu tak tersembur terus air susu ni . Kalau tak , habis abang Nafi yang kena “ rungut Thurayya . Hanafi yang duduk berhadapan dengan Thurayya hanya tersengih menampakkan giginya yang putih itu .

“ Okeylah , Thu nak pergi ni . Jom abang Nafi , hantar Thu “ ajak Thurayya . Dia sudah pun bangkit bersama-sama beg sekolah serta blazer pengawasnya .Hanafi cepat-cepat menghabiskan air milo di cawannya . Dia kemudian bangkit sambil mengambil briefcasenya .

“Jom . Papa , Nafi pergi dulu . Kebetulan hari ni Nafi ada meeting dengan Mr. Jason dekat Hotel Mutiara . Nafi masuk office lambat sikit “ ujar Hanafi kepada Tan Sri Dato’ Kamaruddin.

“ Eh , Eby tak habis cakap tadi kan ? ha ... sengajalah tu nak elak “ kata Pn Sri Datin Karina
separuh berteriak . “Awak ni pun , tanya ajelah bila Eby dah balik sekolah “ tegur Tan Sri Dato’ Kamaruddin . Pn Sri Datin Karina hanya terdiam .

No comments:

Post a Comment